Selepas kejadian di restoren tempoh hari, Syed Harith semakin rasa bengang dengan Nia Qaisara. Kalau sebelum ini, Nia hanya melawannya sendirian tapi kini telah muncul manusia-manusia yang selalu ada bersamanya tidak kira dalam situasi yang sengaja atau tidak sengaja. Kini telah ada Bella Nurain, sahabat Nia yang sangat mengambil berat perihal kawan baiknya, 'Khairul Affendy', lelaki yang menjalinkan hubungan cinta dengan Nia yang masih diragui kewujudannya dan Adam Azami, seorang ketua di tempat kerja juga lelaki yang sentiasa menjadi penyelamat Nia walau di mana Nia pergi.

Teringat tentang 'Khairul Affendy', Syed Harith membuka laman facebooknya. Dia mahu melihat apa-apa komen atau post dari kekasih Nia Qaisara itu. Mungkin untuk mencari bukti kewujudan lelaki itu.

Khairul Affendy > my luvly Nia Qaisara, i know u really miss me right? Sorry dear..Saya terlalu sibuk dengan tugas seharian saya sanpai saya tak sedar saya seolah-olah abaikan awak dear..But, i want u to know that I luv u so much!

Syed Harith baca wall post milik Nia Qaisara yang di'tagged' oleh 'Khairul Affendy'. Berderau darahnya melihat wall post itu. Nah, mungkin 'Khairul Affendy' ini benar-benar wujud.

"Cis! Berani betul mamat sorang ni post madah-madah cinta bagai kat wall Nia. Kononnya romantik la tuh! Benci betul aku!" Syed Harith menjerit sendirian di dalam bilik. Tangannya digenggam dan menumbuk bantal.

Tiba-tiba, dia terbaca masa post itu ditulis.'2 hours ago'.

"Tapi wall post ni dah 2 jam la pulak sekarang pun mesti dah pukul 4 petang. Kenapa Nia langsung tak komen apa-apa? Kalau lunch pun mesti dah lama setel. Dah la weekend pulak tu. Takkan la tak keluar mana-mana tengok wayang sama-sama ke. Hmm, mustahil orang yang bercinta tak komen apa-apa kat wall post dari couple sendiri. Hmm, mesti ada something wrong somewhere ni. Ok, Mr. Syed Harith Al-Romera! This your time untuk jd private investigator dalam hal Nia ni!"Syed Harith senyum sinis. Dalam fikirannya hanyalah untuk mencari jawapan disebalik persoalan yang ditimbulkannya sendiri.

Syed Harith mahu log out dari facebook tapi terhenti bila terlihat komen dari Nia tiba-tiba muncul pula.

Nia Qaisara > my lover, don't worry about me ok? Saya tau kerja awak sebagai doktor memang selalunya busy memanjang. Tapi tolong spent time untuk saya ye bila awak tak busy. I really luv u too and miss u. Muahh!

"Cis!Nia boleh pulak tulis jiwang-jiwang camni. Siap muahh muahh bagai! Memang sengaja la tuh! Takpe aku tunggu sampai la buah hati kesayangan kau reply komen tu. Tengok pukul berapa pulak."

34 minit berlalu. Masih belum ada komen dari buah hati Nia itu. Tapi, orang lain pulak yang komen.

Adam Azami > Wah! So romantic both of U. Hehehe. Patut la ada orang yang boleh jadi crazy kat U Nia. Hehuu~

Selepas 1 minit.

Nia Qaisara > Adam, U memang noty kan? Kat opis U selalu usik-usik I pasal benda ni. Jahat! :p

Adam Azami > Hahaha. I suka bergurau dengan U. Suka tengok respons U. Funny! *Ups! Nanti your lover marah I pulak cakap camni. Hehuu~*

Nia Qaisara > U ni Mr. Adam, kalau tak gelakkan I tak sah kan? Cis! :p

Adam Azami > Kalau tak bergurau dengan staff sendiri nanti kena cop sumbung pulak. Hahaha. :D

Nia Qasisara > :p :p :p ngeee~

Zaid Haniff > Wawawa~ meriahnya sekarang ni. Patut la dah tak layan I ye my princess. Rupanya dah ada buah hati, Khairul Affendy namanya. Dah tu ada pulak boss yang ala-ala baik plus funny plus caring pasal staff. Lagi gempak ada pulak peminat yang crazy kat u. Wahhh! Hebat!

Adam Azami > Nia, U ada lagi sorang admire ke? Hehuu~

Syed Harith panas hati baca semua komen wall post Nia. Memang sah seorang Nia Qaisara banyak peminat. Kini muncul lagi seorang lagi watak dalam hidup Nia. Zaid Haniff. Tapi memang Nia sangat disenangi sesiapa sahaja. Orangnya baik, peramah, funny, bijak dan sudah tentu dengan paras rupa yang cantik.Kulit kuning langsat, mata yang bercahaya, hidung yang manjung dan bibir merah bak delima serta rambut panjang paras pinggang yang ikal pastinya menambat hati sesiapa yang memandang.

Tiada lagi komen dari Nia selepas kemunculan komen dari Zaid Haniff tadi. Mungkin gangguan bagi Nia agaknya. Namun tanpa difikirkan satu komen dari Khairul Affendy pula muncul.

Khairul Affendy > Dear : I luv u so much. Nanti saya call awak malam ni. Kita borak panjang ye sayang.
                            Miss u like crazy!!! :*
                            Adam : Nice to know u Mr. Adam. Nia selalu cerita pasal U kat I. I know U ketua yang
                            baik. :)
                            Zaid : Hang pasai apa? Tiba-tiba muncul terus nak cakap lagu tu. Aqu tau la hang jeles
                            sebab Nia dah ada aqu. Hang jangan duk memain naa. Sat gi kapla hang aku putaq.
                            Hahaha!!!

"Hmm, memang ada something wrong somewhere la kalau camni. Bila Khairul Affendy tak ada Nia mesti ada. Bila Nia ada Khairul Affendy mesti ada. Then, dah bertambah lagi konflik. Sebab dah ada Zaid Haniff pulak," monolog Syed Harith sendirian.

*********************************************************************************