Aku ada seorang abang. Dah lama berpisah. Tapi aku selalu utus surat padanya yang berada di kampung. Satu pun tak berbalas. Dua tahun lepas, aku bernikah tanpa izin abang selepas puas aku mencari tapi tak berjumpa juga. Sepanjang perkahwinan aku, aku tak tenang..mungkin juga kerana tidak mendapat restu dari lelaki yang sepatutnya menjadi waliku.
Cuti sekolah yang lepas, aku bersama suamiku piulang ke kampung halamanku di Perak. Terasa rindu pada kampung yang meninggalkan pelbagai kenangan bersama abang. Aku terlalu rindukan rumah yang meninggal beribu memori suka duka bersama abang dan arwah mak dan ayah. Di sana boleh juga aku bersihkan rumah pusaka mak dan ayah yang telah lama kutinggalkan.
Semasa membersihkan rumah usang itu, aku tersapu sepucuk surat yang aku titipkan pada abangku dua tahun yang lalu sebelum pernikahanku dulu. Dengan ketar tanganku membuka surat itu dan membacanya dengan debar walaupun surat itu datangya dariku tapi dapat kurasakan kelainan perasaanku ketika itu.
Mak dan ayah meninggal ketika aku Darjah 5. Kau pulak dalam Tingkatan 5. Masa itu diorang accident ketika dalam perjalanan untuk membeli kek birthday aku sebab aku baling semua perhiasan di rumah umah kita, sampai mak terpaksa pergi beli kek buatku dengan ayah. Tapi aku hairan ketika itu, ada satu bekas kaca yang aku pecahkan, tiba-tiba banyak air keluar.Tapi kau cepat-cepat lap lantai rumah kita. Tapi aku tak amik kisah pun tentang hal tu.
Sebelum pegi, mak dan ayah mencium kita berdua. Aku ingat lagi pesan diorang pada kau abangku.
“ Abang, kau jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah tak de, ko jangan tinggal die. Ingat pada mak ngan ayah kau ni. Jangan sesekali biar adik sorang-sorang “
Kau ingat tak..
Sebelum diorang pergi beli kek, kau baru balik dari sekolah, kau belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab kau suka warna biru kan? Tapi aku campak dalam longkang belakang rumah kita sebab aku suka warna pink. Lepas kejadian itu, kau tak pernah ucap happy birthday kat aku lagi..sampai sekarang.
Abang, kau ingat tak..
Kita hidup dua orang je lepas tu, kau tak sekolah lagi. Kau pregi mana pun aku tak tau. Bila malam baru kau balik. Tapi kau tak pernah cakap dengan aku, kenapa ababgku? Ingat tak, aku masak untuk kau, Tapi kau tak pernah makan pun. Last-last pagi esok aku nampak ayam-ayam dan kucing-kucing yang makan. Kau x pernah ucap terima kasih kat aku.
Abang, masihkah kau ingat..
Pernah sekali aku mintak duit nak buat belanja ke sekolah, Tapi time tu kau tengah tidur. Aku ambil dua ringgit dari dalam poket jeans kau. Tapi lepas balik dari sekolah, kau lempang aku sampai mulut aku berdarah. Kau tak pernah pujuk aku balik pun. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok kalau meninggalkan kesan pasti aku malu untuk ke sekolah.
Abang, kau ingat tak..
Semasa umur aku 18 tahun..kau hantar aku ke Kuala Lumpur, rumah Pak Long. Kau cakap kau ada hal yang tak boleh dielakkan dan kau berjanji untuk ambil aku semula.Tapi sampai sekarang kau tak datang ambil aku. Dah berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau. Kenapa tiada sebarang balasan. Kenapa abang??
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur kau dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang. Ketika hajat untuk bernikah aku sampaikan surat lagi pada engkau. Tapi kenapa kau diam je? Kenapa kau tak cakap apa-apa? Aku perlu izinmu sebagai waliku..
Abang..
Jika kau dapat surat ini katakanlah pada aku..ada apa sebenarnya yg sedang berlaku?
Salam sayang,
Adik.”
Selepas itu aku mula terasa ingin untuk menyelongkar rumah pusaka ini. Ketika aku membuka almari lamaku yang telah usang dimamah usia dan mereput dimakan anai-anai,tiba2 aku terpandangkan sebuah kotak besar berwarna pink. Aku ambil kotak itu dan aku buka. Di dalamnya penuh dengan kotak-kotak kecil berbalut cantik dan kemas. Ada yang diikat dengan reben dan ada yang mempunyai kad kecil di atasnya. Di dalamnya juga terdapat berpuluh-puluh pucuk surat yang tertera namaku di atasnya. Mataku tertarik kepada sepucuk surat yang sangat cantik di pandangan mataku..dan aku terus membukannya.
Maafkan abang kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan. Kerana aku tidak berdaya sayang.
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan bukan? Perhiasan yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yang menjual ikan itu di pekan?
Adikku sayang..
Aku tahu kau tak suka warna biru tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambaut itu tapi aku ambilnya semula dan aku basuh sehingga bersih. Aku letakkannya di dalam sebuah kotak kecil di rumah kita. Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Janganlah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi "Selamat Hari Lahir" pada tanggal hari jadimu. Kau pun sudah lupa ya. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya. Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja. Kerana aku bekerja di pekan, mengangkat guni-guni ke dalam lori. Itu semua aku lakukan untuk menyara engkau. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau. Ketika itu,kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, ramai yang memuji. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..supaya kau tidak rasa malu. Aku tidak pulang pada siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
siapa cakap aku tidak menjamah masakan kau? Aku akan makan masakan itu sebelum subuh kerana aku perlukan tenaga untuk bekerja di siang har. Aku makan semasa engkau tidur..supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih kerana engkau banyak berkorban untukku. Kau menyediakan makanku dan segalanya. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..biarlah aku ucapkan di akhir hayatku kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan kau ingat sampai bila-bila? Betulkan..selepas kejadian itu..kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku. Sakit yang amat sangat. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun. Aku tidak mahu bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu di mana badanku tidak berupaya untuk memikul barang yang berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu. Patutlah aku selalu batuk-batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur. Aku terpaksa dirawat dihospital walaupun doktor menjangkakan aku tak kan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ini di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital. Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita, bacalah semua surat-surat dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini, aku sudah pun tiada. Jangan kau bersedih. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..
Adikku sayang..
Sekiranya engkau disunting seseorang, biarkan pakcik kita menjadi walimu kerana aku mungkin sudah tiada.
Bahagiakanlah dirimu kerana itu yg aku mahukan. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu..aku termenung sendirian. Tanpa kusedari air mataku bergenangan dan mengalir membasahi pipi. Lantas, aku buka satu persatu hadiah-hadiah dan surat-surat yang dikatakan. Semuanya berwarna pink dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah. Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah.. dimanakah dapat kucari insan semulia abangku. Kau tempatkanlah abangku dikalangan orang-orang beriman. Amin..

“Khas buat abangku,Abang, kau ingat lagi tak..

“Assalamualaikum..Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

- Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
- Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
- Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
- Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
- Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
- Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
- Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
- Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.