Epilog Cinta Nia – Bab 4
                   
Hari ni kalau nampak je Nia kat office, aku nak ajak dia lunch sama la’, Adam berfikir-fikir rancangannya untuk mengajak Nia Qaisara makan tengah hari bersama hari ini. ‘Tapi macam mana ek? Kalau Nia tak nak macam mana? Ahh.. try jela macam mana pun,” ada kerisauan di hati Adam.

“Pagi Nia. Pagi semua,” sapa Adam Azami kepada semua staffnya sebaik memasuki ruang pejabat.

“Hai Adam..nama Nia disebut kenapa nama kami semua tak disebut ek Adam? Ada apa-apa ke ni?” Usik seorang staff.

“Aah la wei..cam ada something je,”sampuk yang lain pula.

“Pagi Adam. Saya dah siap update account untuk bulan ni. Saya nak double check account tu dulu lepas dah puas hati saya print then hantar kan Adam ok?” kata Nia sebaik sahaja Adam Azami mengucapkan selamat pagi dan untuk meredakan usikkan teman-teman sekerja.

“You all ni ada-ada aje kan nak kenakan saya. Ish ish ish. Tak ada apa-apa pun ok. Just say hello to her and for all of you,” jawab Adam Azami sambil senyum meleret pada staffnya.
“Ok Nia, after finish your work please submit it to me ok,” kata Adam Azami masih dalam senyumnya dan terus berlalu ke dalam biliknya.

**

Tettt…’
Bunyi alert chatbox facebook Nia Qaisara berbunyi semasa dia sedang sibuk double check account sebelum dihantar kepada ketuanya siapa lagi kalau bukan si Adam Azami tu. Itu menandakan ada orang sibuk menghantar massage atau mahu berborak dengannya secara tak langsung mengganggunya buat kerja.

“Uhh! Ni sape pulak la yang duk mengacau aku buat keje ni. Adoi la benda ni nak submit dah jap lagi,”ngomel Nia Qaisara tanda protes.

“Alah yang kau pegi on chatbox tu buat apa Cik Nia oii? Kan boleh offline chatbox tu,”kata Anis teman di sebelah tempatnya.

“Aah la Anis. Aku nak off jela.”

Laman facebook yang di minimize tadi dibuka. Ohh! Massange itu datang dari Adam Azami rupanya.

Adam Azami > Hyep! Account tu U dah puas hati ke?

Nia Qaisara > Ohh Adam rupanya. Ingat sape la yg duk sibuk2 pm2 I tengah keje ni. Nasib la I tak terus offline tadi. Hehuu~  c(: Hmm, I tengah duk double check la ni Adam. Sikit lagi. Jap lagi I hantar k? Tungguuuuuu…. :D

Adam Azami > Ok then. Hantar before lunch ok. Petang I boleh la review. :p

Nia Qaisara > Yes Boss! Hehehe… =) nak sambung keje balik k.

Nia Qaisara tersenyum dengan kerenah ketuanya yang seorang ini. Baik dan lawak. Kadang-kadang macam ustaz pun ada.

“Uit Cik Nia, awat hang duk senyum sampai ke telinga tu? Habaq mai kat kami ni. Nak la juga tau sapa yang duk buat hang senyum meleret lagu tu…”usik Roshina dengan dialek utaranya ketika melintas di hadapan Nia Qaisara.

“Tak dak apa-apa la Kak Shina oii. Jom sambung kegheja naa,”kata Nia dan terus tersenyum.

**

Tuk tuk tuk…’
Pintu bilik pejabat Adam Azami dibuka.

“Adam, ni account yang saya dah double check. Adam boleh la review petang nanti.”

“Ok. Thanks sebab awak dah siapkan tepat pada masanya. Nasib saya baik sebab semua staff kat sini punctual.”

Nia Qaisara senyum. “Sama-sama Adam. Awak pun sorang ketua yang baik jugak pada pekerja di bawah awak. Hmm, kalau tak de apa-apa lagi, saya keluar dulu la ek?”

“Sekejap Nia,” Adam Azami menahan Nia dari terus keluar.

Di luar bilik pejabat Adam Azami ada orang yang datang mahu menemui Nia.

“Saya nak jumpa Nia Qaisara,” kata lelaki yang persis arab dan mexico ini. Muka ala-ala Pan Asian.

“Encik ni siapa? Maaf encik, Cik Nia ada discussion dengan Encik Adam,” kata receptionist itu.

“Saya nak jumpa dia sekarang! Saya tak peduli kalau dia ada discussion dengan siapa pun!”

Lelaki itu terus melulu masuk ke ruangan Adam Azami tanpa sempat dihalang oleh receptionist berkenaan.

“Woi! Nia! Aku nak jumpa kau pun susah kenapa? Ada saja alas an kau kan? Discussion la apa la. And kau ni kenapa kat mana pun kau ada?” Tanya lelaki itu kepada NIa Qaisara dan Adam Azami serentak.

“Relex la bro. Yang kau ni pakai terjah je bilik aku pasal apa pulak? Aku ketua Nia and Nia pulak staff aku. Mestila ada discussion sama-sama,”ujar Adam Azami kepada Syed Harith.

“Harith, aku dah berapa kali cakap kat kau..aku tak mau ada apa-apa dengan kau. Stop la dari ganggu aku. Please la!!!!!”

“Ok. Aku boleh keluar dari sini tapi dengan syarat.”

“Syarat apa pulak kau ni Harith? Kau memang tak boleh nak duduk diam-diam kan? Asyik nak kacau aku. Otak kau tu takde benda lain nak fikir selain nak kenakan aku or nak kacau ketenteraman aku!”

“Bro, kau boleh tak kalau tak payah nak  campur aduk hal peribadi dengan kerja tak bro? Kat sini tempat keje Nia bukan tempat Nia suka-suka. Sini tempat cari rezeki la bro,” Adam Azami cuba bertoleransi dengan Syed Harith Al-Romera.

“Yes! Dah tentu boleh tapi dengan syarat Nia mesti keluar dinner dengan aku malam ni!” pekit Syed Harith sambil menjeling tajam pada Nia Qaisara dan Adam Azami.

“Harith, kau tak boleh nak mendesak bro. Cinta bukan boleh di paksa kalau dah memang Nia tu tak suka kat kau, tak boleh nak terima kau dalam hidup dia, kau kena terima tu semua. Lagi pun Nia dah ada special dia dah ada Khairul Affendy.”

Syed Harith Al-Romera angkat tangan mahu menumbuk Adam Azami yang baginya sangat penyebuk dalam urusannya dengan Nia Qaisara lebih-lebih lagi nama Khairul Affendy pula disebut. Tapi tumbukan itu dapat dihalang oleh Adam Azami.

“Ok! Fine! Aku keluar dengan kau malam ni! Sekarang kau pergi berambus dari tempat kerja aku. Aku tak mahu kau jejakkan kaki kau lagi kat sini. Macam ni ke kau kata kau sayangkan aku? Kau sedar tak kau selalu memalukan aku depan orabg ramai? Memang betul apa yang Adam cakap tu, aku dah ada someone special dan kau tak perlu ganggu aku lagi. Aku memang tak perlukan kau Harith. Sekarang kau keluar!! Aku dah ikut kemahuan kau untuk keluar dengan kau malam nanti,” Nia Qaisara tak tertahan marahnya lagi. Sudah berapa kali kejadian ni berlaku.

“Baik! Malam ni pukul 8.30 malam dekat Restoren Nelayan Titiwangsa. Ingat!”Syed Harith Al-Romera terus berlalu keluar dan menghempas pintu.

Muka Nia Qaisara merah menahan malu dan air mata bergenang mahu membasahi pipi.

“Adam, saya keluar dulu. Maafkan saya fasal kejadian tadi,”ujar Nia Qaisara.

“Nanti dulu Nia. Tak kan awak nak keluar dengan keadaan macam ni? Sekejap lagi lunch hour. Better saya temankan awak makan tengah hari. Saya risau apa-apa jadi dekat awak,” pujuk Adam Azami.

“Ok Adam,” jawab Nia ringkas.

‘Akhirnya dapat jugak aku ajak Nia lunch sama-sama walaupun dalam situation yang tak best. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat peluang mengenali Nia dengan lebih dekat lagi. Dan….siapa ‘Khairul Affendy’ di hatinya.’bisik hati kecil Adam Azami.


Epilog Cinta Nia – Bab 5

Eh, Nia! Kau buat apa kat sini?” jerit Bella dengan kuat dan lantang bila terserempak dengan Nia di restoren Mc Donald tengah hari itu. Jeritan yang kuat itu seperti Nia jauh beribu batu darinya dan membuatkan semua orang memandang ke arah mereka berdua.

“Opocot mak kau!” Nia Qaisara buat-buat terkejut dan melatah tapi dengan ton suara yang sangat rendah seperti berbisik.

“Bella, asal kau terpekik camtu weh? Malu la semua orang duk pandang kat kita ni. Jangan duk buat lagu ni lagi naa Bella,” kata Nia Qaisara sebaik mereka duduk di sebuah meja kosong.

“Sorry la Nia, aku over excited pulak bila jumpa kau ni. Lama dah kot kita tak jumpa. Eh, kau datang sini nak makan eh? Dengan siapa?” Tanya Bella Nurain dengan soalan bodohnya dan ala-ala wartawan Melodi dalam segmen Terjah.

“Eh takde la Bella, aku datang McD ni nak beli basikal. Bukan nak makan, kan ni tempat jual basikal ni haa,” jawab Nia Qaisara pada soalan bodoh milik Bella Nurain itu.

“Hehehehehe..sorry la member. Kau datang dengan siapa ni?” Bella tersengih.
“Hei Bella, you pun ada kat sini jugak? Well boleh la makan sekali. You datang dengan siapa eh?” kedatangan Adam Azami yang secara tiba-tiba membuatkan Bella terkejut sakan.

“Ohohoho! Bella datang dengan Encik Adam rupanya. Hehehe. Encik Adam, I datang dengan kawan kitorang masa study kat UPM dulu,” jawab Bella Nurain sambil menjeling kea rah Nia Qaisara.

“Bella, siapa la kawan kita tu eh?”berkerut-kerut dahi Nia Qaisara ketika itu.

“Haa…tu dia yang bawak tray datang kat sini tu,” Bella menunjuk kepada Zaid Haniff.

“Zaid?” Tanya Nia Qaisara terkejut.

“Nia, Zaid tu Zaid Haniff ke? Siapa eh dia tu? Hari tu saya komen-komen wall post awak tiba-tiba dia pun muncul sama. Ayat dia tu macam pelik aje,” Adam Azami bertanya ingin tahu.

“Encik Adam, actually Zaid tu ex…..,”

“Ex classmate kitorang masa study kat UPM dulu,” kata-kata Bella Nurain cepat-cepat dipotong oleh Nia Qaisara. Tak mau Adam Azami tahu pasal kisah lamanya la tu.

“Oh…,” keluh Adam Azami. Tak berjaya mengetahui perkara sebenarnya siapakah Zaid Haniff itu dalam hidup Nia Qaisara. Mungkin Zaid Haniff pernah menjalinkan hubungan yang rapat dengan Nia Qaisara suatu masa dulu.

“Hei, Nia Qaisara my dearest princess! You pun ada kat sini. Well, macam jodoh datang kembali pulak kan?” Zaid Haniff senyum penuh makna.

Muka Nia Qaisara merah menahan pelbagai rasa. Ada marah, ada geram, ada benci bila melihat lelaki itu di depan mata apalagi berkongsi satu meja untuk makan tengah hari itu. Lagi mendidih meluat di hati Nia Qaisara bila mendengar kata-kata lelaki itu tadi serta senyumannya yang membuatnya rasa menyampah.

“Hai, saya Adam Azami. Kawan sepejabat dengan Nia,”ujar Adam Azami mengenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Hai, saya Zaid Haniff. Special bf Nia…,”

“Zaid!!!!” kata Nia sedikit kuat dengan muka yang merah menahan marah.

“Opps!!! Sorry…saya ex special boyfriend Nia masa study kat UPM dulu. Nia, jangan la marah,” Zaid Haniff buat muka tak bersalahnya. Memang jenis takde perasaan sungguh si Zaid Haniff ini. Dah la tinggalkan Nia Qaisara macam tu saja satu ketika dahulu. Sekarang ini nak rujuk semula dengan Nia Qaisara dan selalu buat kacau. Tapi mujurlah dia ini tak seperti Syed Harith yang terlalu mendesak dan psiko.

“Cool ok Nia. Jom kita makan dulu. Hal macam ni memang boleh buat selera putus. Zaid, please la jangan buat kecoh kat sini or jangan buat Nia sakit hati boleh tak? Sudah-sudah la tu Zaid oi. Nia tu dah ada pengganti kau la. Ish! Malu la sikit pada boss Nia tu haa,” Bella berleter panjang pada Nia dan Zaid.

“Aku memang tak ada mood nak makan dah. Tadi kat office si Harith psiko tu buat kacau masa aku ada discussion. Sekarang ni mamat sengal sorang ni pulak buat aku takde mood nak makan. Adam, jom la bawak saya balik office. Tak aman kat sini kalau nak makan pun,” Nia bangun dan menarik tangan Adam Azami bangun dari kerusi.

“Sorry Bella, Zaid, saya pergi dulu. Kesian dengan Nia tu,” kata Adam Azami dan berlalu pergi bersama Nia Qaisara.

Bella Nurain dan Zaid Haniff berpandangan sesama sendiri. 

“Haa.. yang you pergi sakat Nia sampai camtu sekali apasal la Zaid oii? Kan dah bengang kawan kita tu,” kata Bella Nurai sambil menjeling pada Zaid Haniff. “Makanan ni siapa nak makan?” sambung Bella Nurain lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“I la yang makan. Nak risau apa pulak kan?” balas Zaid Haniff slumber sambil tersengeh menunjukkan barisan giginya yang putih bersih. Hmm, memang dasar Zaid Haniff jenis tak rasa bersalah. Semua benda dia buat main-main.

Kesian juga pada Nia Qaisara yang hidupnya selalu datang masalah yang tak terduga. Susah juga bila diri dikurniakan dengan wajah yang cantik bila diri selalu didampingi dua lelaki yang entah apa-apa perangainya.

**

Malam itu seperti yang telah Nia Qaisara janjikan dengan si malaun Syed Harith Al-Romera, tepat jam 8.30 malam Nia Qaisara sudah terpacak di depan Restoren Nelayan Titiwangsa. Namun telah 15 minit berlalu batang hidung dia pun Nia Qaisara masih tak nampak lagi. Nia Qaisara termenung dengan muka kelat.

“Hai Nia. I am sorry ok sebab a bit late. Maafkan I kan? Hmm, jom kita masuk dalam,” ajak Syed Harith dengan muka tak bersalah.

“Haa, ada apa kau nak jumpa aku ni?”  tanya Nia Qaisara sebaik duduk di dalam restoren berkenaan.

“Nia, I nak tahu sangat kenapa you langsung tak nak bagi I peluang?” kata Syed Harith berterus terang. Sengaja Syed Harith menggunakan kata-kata yang berhemah supaya Nia Qaisara tak melenting kerana dia datang lewat dari tarikh yang dia sendiri janjikan.

“Harith, aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi dengan kau ni. Kalau mulut aku ni sabun basuh kain ke basuh pinggan dah confirm la mulut aku berbuih-buih asyik ulang cakap benda yang sama. Aku memang dah takde hati kat kau Harith. Dah tak boleh nak di paksa pun,” jawab Nia Qaisara bersahaja.

“Tapi i memang sukakan You Nia. Terlalu suka. Tak boleh ke you bagi I peluang nak buktikan I memang sukakan you?” ujar Syed Harith separuh merayu kepada Nia Qaisara.

Sebelum ini Syed Harith Al-Romera selalu berkasar dengan Nia Qaisara mungkin sebab itu Nia Qaisara selalu mengelak daripadanya dan membencinya. Mungkin ada betulnya kata Adam Azami dengan perempuan perlu berlembut. Jadi hari ini biar dia cuba berlembut pula dengan Nia Qaisara.

“Cinta bukan hanya pada sebelah pihak saja Harith. Cinta perlu diberi dan memberi. Lagi pun tak cukup sekadar suka saja. Aku tau kau pun tak pasti dengan perasaan kau terhadap aku sebenarnya kan? Kau hanya sukakan aku bukan mencintai aku. Kau kena kaji dulu perasaan kau sebelum kau huru-harakan hidup aku macam sekarang ni. Please Harith. Aku rasa kau dah cukup matang dalam berfikir soal hati dan perasaan ni,” kata Nia Qaisara tulus dari hatinya. Harapan Nia Qaisara supaya Syed Harith Al-Romera faham segala-galanya.

“Nia, I tahu I sukakan you, cintakan you, sayangkan you! I dah cukup matang nak faham diri I sendiri. Kenapa you banyak sangat soalan? Kenapa you tak percaya perasaan I pada you Nia?” soal Syed Harith al-Romera dengan nada yang agak meninggi.

“Kau dah naik angin bila aku luahkan apa yang aku rasa. Kalau sekarang pun kau dah buat perangai macam ni macam mana kalau kita bercinta? Atau kalau kita kahwin? Aku tak mahu jadi mangsa banas baran tak bertempat kau tu,” ucap Nia Qaisara sambil mengangkat beg tangan dan bangun dari kerusi untuk berlalu pergi.

“Aku cintakan kau! Sangat-sangat cintakan kau!” jerit Syed Harith Al-Romera ketika Nia Qaisara mahu berlalu pergi. Semua manusia yang berada di restoren itu memandang sinis ke arah mereka berdua. Pasti ada di antara mereka yang membuat andaian yang bukan-bukan kepadanya.

“Kalau macam ni la cara kau memang sampai bila pun aku tak kan balas cinta kau tu,” kata Nia Qaisara sinis dan terus berlalu meninggalkan Syed Harith Al-Romera kesorangan dalam menahan marah.

Begitulah kisah makan tengah hari Nia Qaisara dengan Adam Azami yang terbantut dek si Zaid Haniff yang penyibuk dan makan malam dengan Syed Harith Al-Romera yang sudah pastinya tak menjadi. Kesian Nia Qaisara kalau dia masih belum makan dari pagi tadi pasti dia kelaparan.



This entry was posted on 1:11 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: