Malam minggu ini Nia hanya menghabiskan masa dengan menonton DVD 'Lagenda Budak Setan' karya Ahadiat Akashah yang telah difilemkan itu bersama Bella yang diundang khas menemaninya di rumah. Kalau tengok movie sorang-sorang pun tak best jugak. Baik la ajak sesapa temankan. Bella kawan baik Nia sejak belajar di Tingkatan 4 semasa menuntuk di SMK Seri Serdang. Jadi memang semua perkara diorang kongsi bersama tidak kira cerita suka atau duka. Sharing is caring!

"Macam mana kerja kau sekarang Nia? Dah ada manager baru kat department kau tu? Hari tu kau merungut kat aku kerja kau melambak sebab kau kena buat macam-macam kerja sebab tak ada manager yang sepatutnya double check account yang kau prepare,"Bella bertanya kepada Nia yang dari tadi hanya mendiamkan diri je. Nak kata focus sangat tengok DVD tu tak jugak. Musykil Bella ngan perangai Nia hari ini. Selalunya Nia banyak modal nak berborak.

Nia diam. Mata hanya tertumpu pada skrin tv 32 inci itu. Namun pandangan mata Nia seolah-olah tembus entah ke mana.

"Nia, aku tanya ni. Kau dengar tak dear. Kau buat aku risau la tengok kau mengelamun sana sini. Kalau kau ada pape probs, share la dengan aku dear. Kau bukan tak biasa dengan aku. Dari umur 16 tahun kita berkawan kan," Bella bertanya lagi pada Nia. Risau gila tengok Nia mengelamun tak tentu pasal.

"Dear Bella. Aku ok je. Don't worry ok dear,"kata-kata Nia terhenti di situ. Seolah-olah berfikir sesuatu."Aku risau Bella, last monday Harith ganggu aku kat office. Dia siap tarik-tarik aku lagi dear. Aku tak suka orang buat aku macam tu. Aku bukan anak patung yang ikut suka-suka dia aje nak tarik-tarik, nak sentuh-sentuh. Aku menci dia buat aku macam tu. Pantang betul lelaki sentuh-sentuh aku," luah Nia pada Bella.

"Aisey! Asal sampai gitu malaon tu kacau kau Bella? Sah-sah lelaki psiko die tu. Dah lama menduda pulak kan. Ish, habis tu staf kat office kau tak tolong kau masa tu ke Nia?"

"Nasib baik ada manager baru kat department aku kat situ. Dia la tolong aku masa tu dear. Aku dah gila cuak masa tu dear. Kalau la Azami tu tak ada tak tau apa jadi kat aku."Nia senyum sedetik.

"Nasib baik ada orang tolong kau masa tu. Risau la aku camni. Gila meroyan agaknya si Harith tu kan dear? Eh, cop cop... dah ada head department baru la kiranya kat office kau tu Nia? Azami ye nama dia? Ok, story sikit cam interesting je ni. Selalu Account Manager mesti perempuan kali ni lelaki pulak," sengaja Bella melarikan diri dari tajuk 'Harith' agar Nia lebih gembira dari sekarang.

"Ok aku cerita la apa yang aku tau ok. Hmm, Azami tu full name dia Adam Azami. Baru 28 tahun. Setakat ni aku tengok dia ok la. Ambil berat hal staf, funny dan dia pun memang tak nak staf panggil dia encik ke, mr. ke, pape yang berkaitan la. Kira low profile la dia ni," Nia senyum sambil bercerita kemudian riak muka berubah kembali."Bella, Harith ada cakap sebelum dia blah hari tu. Dia cakap aku tak habis lagi dengan aku. Risau la Bella. Apa aku nak buat ni?"kata Bella lagi.

"Relex dear. Aku ada good idea,"Bella sengih."Macam ni Nia, apa kata kau create satu account baru dekat facebook. Then, kau letak kat relationship status kau kat 'fb' tu in relationship dengan kau. Kalau nak lagi gempak letak je bertunang. Haa!! Ok kan idea aku dear?"Idea Bella itu nampak macam gila tapi boleh la diterima pakai untuk waktu terdekat ni.

"Ok gak idea kau tu dear. Tak cuba tak tau kan? Hmm, jom start!!"Nia bingkas bangun dari dudukannya. Mencapai lappy, laman facebook di buka. Cerita di dalam tv terus ditinggalkan.

"Bella, esok aku belanja kau makan kat tempat yang kau suka tu sebab bagi aku idea best gini,"ujar Nia sambil senyum meleret. Bella angguk laju sambil senyum bangga.

********************************************************************************

"Gila syok malam tadi kan Bella. Entah nama siapa la kita taram buat kat fb baru tu. Hahahaha... entah wujud entah tidak. Memandai je kita create watak tu. 'Khairul Affendy', Hahaha... Syok la dear!" gelak Nia pecah mengenangkan peristiwa malam tadi. Idea Bella memang gila. Create account fb baru dan watak baru untuk dijadikan buah hati Nia di dalam fb.

"Well you know me right Nia? Otak aku selalu aje proses idea-idea sengal macam ni. Hahaha." Bella terus ketawa.

"Dah la tu dear, jom makan! Tak sabar dah nak makan ni. Yummy!"Sambung Bella lagi.

Nia dan Bella makan dengan gembira dan diselang-selikan dengan gelak ketawa mereka berdua. Bahagia sungguh melihat keakrapan rakan baik ini. Sedang rancak berbual seseorang telah menyapa Nia dari belakang. Suara seseorang yang kini amat dibenci. Syed Harith Al-Romera!

"Hah! My dear Nia Qaisara ada kat sini dengan Cik Bella Nurain ya? Kenapa awak tak lunch berdua dengan buah hati bengarang jantung si 'Khairul Affendy' tu? Kenapa perlu makan berdua dengan Bella sedangkan malam tadi awak baru declare dan bagitahu semua friend list fb awak yang awak sekarang dah in relationship dengan seseorang kan?"Sinis suara Syed Harith bertanya bertalu-talu kepada Nia. Seolah memerli Nia dan mungkin Syed Harith tak percaya langsung kewujudan 'Khairul Affendy'.

"Hey Harith! Kau kalau tak menganggu Nia boleh tak? Ke mana saja Nia pergi kau mesti ada. Apa kau tak ada kerja lain nak buat selain ikut Nia? Kau memang psiko Harith!" Tempelak Bella memarahi Harith.

"Harith, pelease jangan ganggu aku lagi. Aku rimas kalau kau selalu ganggu aku. Aku memang tak nak kat kau. Sekarang aku dah ada Affendy jadi aku harap sangat kau faham. Aku hanya nak kau faham aku memang tak ditakdirkan untuk kau. Please," Nia menuturkan kata-kata itu degan tenang.

"Ahh! Awak ingat saya nak percaya semua itu? Saya tak pernah lihat awak keluar dengan mana-mana lelaki. Mustahil!" Harith bersuara lantang sambil menarik tangan Nia sekuat hati. Perbuatan Harith itu telah menarik perhatian seseorang yang kebetulan berada di situ.

"Bro, hari ni dah kali kedua aku nampak kau ganggu Nia. Aku tahu kau sukakan Nia tapi kau kena terima kenyataan bro menyintai tak semestinya memiliki. Macam mana kau sayang dan cintakan Nia pun kalau dah bukan ditakdirkan Nia untuk kau, kau tetap kena terima," Adam Azami cuba berdiplomasi dengan Syed Harith.

"Woi! Kau pun dah dua kali aku tengok jadi penyelamat Nia! Mana Nia ada pasti kau ada. Kenapa? Hari tu aku boleh terima sebab Nia masih dalam office hour. Tapi hari ni weekend! Atau kau buah hati si Nia ni?" Harith menengking Adam Azami.

"Terpulang pada kau bro nak menilai apa hubungan aku dan Nia. Tapi sebagai lelaki kau harus malu dengan tindakan sekarang. Kau dilahirkan dengan sembilan akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk dalam berfikir dan membuat keputusan. Gunakan akal kau bro,"tegas kata-kata itu keluar dari mulut Adam Azami.

Syed Harith terus berlalu pergi. Mungkin terasa dirinya melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Harapan Nia juga agar Syed Harith dapat menerima kenyataan dirinya kini milik 'Khairul Affendy'.

"Thanks Azami, sekali lagi Azami dah selamatkan saya. Maafkan saya sebab dah dua kali jugak saya babitkan awak dalam masalah saya,"Nia berkata sayu kepada Adam Azami.

"It's ok Nia. Kita rakan sekerja dan sebagai sesama manusia memang kita perlu bantu membantu kan? So, may I joint u all lunch sama? Lapar dah ni," Adam Azami senyum meleret. Tidak dinafikan masalah yang dihadapi Nia menarik niatnya untuk mengenali wanita itu dengan lebih dekat lagi. Pasti ada sesuatu yang menarik pada Nia sehingga ada lelaki yang begitu gila untuk memiliki Nia.

"Jom lah makan sekali. I tak kisah,"kata Bella setelah Nia bertanyakan persetujuannya untuk mempelawa Adam Azami makan semeja dengan mereka.

'Nia Qaisara, aku perlu mengenali kau Nia. Di mata aku kau istimewa. Dan aku perlu tahu siapa 'Khairul Affendy' di dalam hati kau, Nia.' Detik Adam Azami di dalam hati.


"Boleh tak kau tak ganggu aku lagi? Kau terlalu mendesak aku untuk terima diri kau sedangkan aku langsung tak ada perasaan apa-apa pada kau. Bila kau terus memaksa aku sebenarnya kau buat aku membenci kau. Aku tak suka membenci tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan? Dan.. kau la makhluk pertama yang aku benci Encik Syed Harith Al-Romera." tegas dan lantang suara Nia Qaisara memarahi seseorang di talian sebelah sana. Sejurus kemudian talian dimatikan. Hempasan telefon bimbit Nokia E5 ke atas katil menyerlahkan lagi kemarahan Nia ketika itu.

"Hah! Tension hidup macam ni. Asal la sengal sangat mamat tu? Susah sangat ke nak faham Bahasa Melayu? Aku cakap melayu bukan cakap Bahasa Tagalog. Sengalnya mamat sorang ni," Nia menumbuk-numbuk bantal yang tak bersalah. Seolah-olah bantal itu Syed Harith Al-Romera.

Syed Harith Al-Romero, seorang arkitek di sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur. Duda anak satu ini Nia kenali di sebuah majlis makan malam anjuran tempat Syed Harith bekerja. Nia datang hanya sebagai peneman kawan baiknya Bella. Tapi entah kenapa Syed Harith gila minat pada Nia sejak pertemuan itu.

'Pohonlah ampun maaf kepada ibu bapa, sahabat sanak saudara sama-sama kita gembira.' Lagu Sesuci Lebaran nyanyian Dato' Siti Nurhaliza bergema lagi dari Nokia E5 Nia. Biasa la mood raya lagi. Huhuhu...

"Haishhh!!! Nape la manusia sorang ni tak faham bahasa? Bukan tadi dah kena marah ke? Adoi laa. Gila sengal mamat ni!!!" Nia jawab panggilan itu tanpa melihat siapa yang membuat panggilan.

"Hello! Woit, asalnye kau ni Encik Syed Harith? Memang dah sah-sah kau tak faham Bahasa Melayu kan? Nak apa lagi ni? Huh!"

"Wait wait wait my dear princess. Nape marah-marah ni Nia? You ada masalah ye? Hmm, Encik Syed Harith ek? Patut la dah tak layan I rupanya You dah ada orang lain kan?"

Nia pandang skrin telefonnya. 'Zaid Haniff'. Aaarrrggghhhhhh! Lagi satu masalah datang. Zaid Haniff, ex-boyfriend aku ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia. Lelaki ni pun tak faham bahasa jugak. Orang dah tak nak sibuk nak jual minyak. Dulu dia yang tinggalkan aku terkontang-kanting dekat-dekat nak final exam semester 5. Nasib la aku boleh terima hakikat kalau tak mesti hancus result aku.

"Ohh! Mangkuk ni pulak rupanya. Encik Zaid Haniff, aku tak ada pape benda nak cakap kau. Satu jela aku nak bagitau kat kau. Aku bukannya tak layan kau sebab aku ada bf baru ke apa ke. Tapi memang aku tak ada hati langsung dengan kau la sengal. Aku happy dengan hidup aku sekarang. Aku malas la nak fikir benda yang tak penting macam ni. Full stop!" talian dimatikan.

"Nia hempas diri ke atas katil. Rimas la camni. Si Harith tu gila sengal. Dah la jauh sangat jarak umur dengan aku ada hati lagi nak ngorat aku. Dah ada anak lagi. Aku tak nak jadi mama ekspress. Ceh! Yang lagi sorang ni pun dua kali lima sengal jugak. Dah berbuih mulut aku tak faham-faham jugak ke. Dah sekali aku terkena dengan kau Haniff, tak ada peluang kedua ketiga memang tak ada peluang dah la nak kat aku balik. Adoi la. Nyusahkan hidup aku je dorang ni. Buat pening kepala aku je."

Telefon bimbit dimatikan. 'Off' Nia pusing ke kanan ke kiri di atas katil. Tanpa sedar Nia terlena di situ. Mungkin tidur lebih baik untuk menenteramkan jiwa.

*********************************************************************************

"Assalamualaikum semua. Hari ni I nak kenalkan pada kamu semua Account Manager syarikat kita yang bakal menggantikan Puan Nur Hajar. Encik Adam Azami Mohd Nasir akan memegang jawatan ini mulai hari ini. I harap semua kaki tangan di bahagian kewangan ini boleh memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau," panjang mukadimah GM Matrix Cooling  Dynamic Systems Sdn. Bhd. memperkenalkan staf baru itu.

"Hi semua saya Account Manager baru kat sini. Tak perlu panggil saya Encik Adam or Encik Azami. Cukup sekadar Azami saja. Apa yang penting kerjasama," Adam Azami memperkenalkan dirinya dengan ramah sekali. Siap buat ala-ala nyanyi lagu kartun 'Wonderpet' lagi. Hahahaha... funny!"Introduce your self please," sambung Adam Azami lagi sambil memandang ke arah semua anak buah barunya.

"Hai Mr. Azami, I am Nia Qaisara Binti Muhamad. Just call me Nia. Account Executive kat sini merangkap your assistant la jugak. Hmm, nice meeting you Mr. Azami. Apa yang penting kerjasama," Nia senyum nakal cam nak perli Adam Azami je.

Adam Azami senyum. "Nice ada staf macam ni.Funny. Tapi tak yah la ber"MR" bagai," Adam Azami senyum lagi.

Lain-lain staf mula mengenalkan diri masing-masing. Alhamdullillah nampak gaya Manager baru kita ni ok je. Tapi tak tau la akan datang. Ni belum start kerja lagi kan. Jangan dia pun sama macam Puan Nur Hajar tu. Hancus la kalau sama macam dia. Ditaktor!

*********************************************************************************

Waktu lunch ada makan-makan dengan semua staf kewangan. Yela kan nak meraikan Account Manager baru la pulak. Ok je kan. At least tak payah la susah-susah nak keluar duit untuk lunch ni. Save!

Sedang happy berborak dengan kawan-kawan sepejabat ketika keluar untuk lunch. Sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Fuh! Benci la.

"Nia! Awak nak ke mana ni? Kenapa awak tak jawab saya call? Sampai hati awak Nia. Selalu sangat tolak pelawaan saya keluar makan, tengok movie, even pergi jogging petang-petang pun awak tak nak," Syed Harith Al-Romero tiba-tiba datang dan menghalang Nia dari terus berjalan.

Nia mengelak tapi Syed Harith lebih pantas menarik Nia. Nia bengang. Tak gentleman langsung tarik-tarik perempuan macam tu. Sakit tau. Patut la berpisah dengan bekas isteri. Mungkin ini sebabnya.

"Harith! Sakit tau tak? Kau ingat aku ni barang mainan ke nak tarik-tarik ikut suka je?"

"Tapi awak terlalu ego. Langsung tak nak keluar dengan saya. Selama ni saya sabar je. Kenapa awak langsung tak bagi peluang pada saya hah?" badan Nia digoncang kuat oleh Syed Harith. Macam ni nak jadi suami yang baik. Huh! Harapan la. Belum apa-apa lagi dah macam ni.

Adam Azami bengang melihat stafnya dilakukan seperti itu. Dia mesti bersuara.

"Hello bro! Kau ni tak gentleman langsung dalam bab mengurat perempuan. Perempuan hati dan jiwanya lembut. Bukan macam ni caranya. Kau gunakan kekerasan pada Nia. Memang salah besar bro,"Adam Azami menolak Syed Harith dan memerlinya.

"Woi kau sape ha nak cakap kat aku macam ni? Ni antara aku dengan Nia!" Sergah Syed Harith.

"Tapi ini pun urusan aku. Nia staf aku. Sekarang masih office hour so Nia masih dalam tanggungjawab aku. Jadi kalau kau sakiti Nia atau sesiapa pun staf aku, aku tetap akan masuk campur. Sekarang kau pergi dari sini atau aku panggil pak guard untuk heret kau pergi dari sini!" Tegas suara Adam Azami.

"Baik! Saya tak habis lagi dengan awak Nia. Remember." Syed Harith merenung Adam Azami dan Nia Qaisara bergilir-gilir dan berlalu pergi.

"Terima kasih Azami, awak dah selamatkan saya hari ni,"Nia mengucapkan terima kasih kepada Adam Azami dengan penuh rasa malu.

"Tak jadi masalah Nia. Awak staf saya." Adam Azami senyum. Nia turut senyum nipis.

"Mari semua kita teruskan makan tengah hari kita," Adam Azami terus berlalu dan diikuti dengan staf lain.

Makan tengah hari itu berjalan lancar. Tapi bagi Nia Qaisara apa yang berlaku tadi memang gerun. 'Saya tak habis lagi dengan awak Nia.' Kata-kata itu sentiasa menusuk ke gegendang telinga Nia Qaisara.


'Dusun Bay' tempat yang telah dijanjikan oleh Jack, Param, Wiya dan Mina untuk menemukan dua orang makhluk yang tengah frust, rasa bersalah dan geram tu. Tepat pukul 8.30 malam Khaira, Mina dan Wiya dah terpacak di depan Restoren Dusun Bay. Bersemangat betul Wiya dan Mina nak menjernihkan hubungan Khaira dengan Khairi tu. Khaira pulak buat muka tak ada perasaan. Ala... nak cover perasaan dia yang dah tak tentu arah. Yela... perasaan marah, geram, rasa bersalah, suka dan sayang semuanya menguasai diri Khaira. Takut maaf yang dihulur tak diterima pun ada jugak. Huhuhu... Tapi dah 25 minit masa berlalu batang hidung 'adik-adik junior sebelah rumah' tu tak nampak jugak. Betul-betul janji melayu la. Aduiyai....


"Korang, mana diorang ni beb? Dah lama kita tunggu. Kenapa diorang tak muncul-muncul jugak ni? Agaknya memang betul diorang tak nak maafkan kita kan?" Khaira mula resah dan berkata dengan sayu.

"Relex la dear Khaira... maybe diorang on the way kot. Sekejap lagi diorang sampai la tu. Sabar ye Khaira..."Wiya cuba tenangkan Khaira. Ngelabah betul cik kak sorang ni.

"Haa... betul betul betul..." Mina pula bersetuju dengan kata-kata Wiya sambil buat version kartun fufular kat Malaysia sekarang Upin Ipin.

"Korang, jangan banyak cakap lagi boleh tak? Kita tunggu lagi 5 minit je kalau masih tak nampak lagi batang hidung diorang bertiga tu, kita blah je la. Aku tak suka orang mainkan aku. Berjanji je lebih. Tapi tak tepati janji. And maybe memang dah tertulis aku ngan Khairi tu tak kan ada pape dengan dia." Putus Khaira lagi. Memang dah tak boleh nak kata ape la kalau Khaira dah buat keputusan macam tu.

"Ok" Jawab Wiya dan Mina serentak.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

4 minit berlalu barulah si Khairi, Jack dan Param sampai ke tempat yang dijanjikan dengan tersengih-sengih cam kerang busuk lagi. Macam muka tak bersalah langsung pulak.

"Huhuhu... lama tunggu kakak-kakak sekalian? Sorry la trafic jem tadi. That's why kami lambat." Param memulakan bicara yang menambahkan panas di hati.

"Ceh! Celah mana area Tanjung Malim ni nak ada jem-jem bagai. Kot ye kau nak bagi alasan tolong la bagi alasan selamat and boleh diterima akal sikit!" Mina potong kata-kata Param.

"Dah la tu. Kata datang sini nak bincang baik-baik nak minta maaf. So, tak payah la nak panjang-panjangkan cerita pulak ok? Jom kita masuk restoren, korang bertiga pun dah lama terpacak dekat luar ni kan? By the way, sorry banyak-banyak sebab kami lambat sampai sini. Memang salah kami pun." Jack malas nak kecoh-kecoh lagi. Kalau dapat perang mulut mahu tak berhenti nanti. Baik hentikan dulu cepat-cepat. Karang plan nak minta maaf ke mana lagi satu masalah timbul.

"Khaira, jom kita masuk dalam restoren ye? Ada banyak kita kena bincang..."Khairi mula bertegur sapa dengan Khaira pula.

"Jom la semua." Khaira berkata tanpa menoleh ke arah Khairi.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Semua makanan yang diorder sudah pun sampai di meja. Tapi sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Khaira dan Khairi. Hishh... bila nak mula bincang ni. Asyik diam je. Adess!

"Uits! Kenapa tak cakap dari tadi lagi ni? Cepat-cepat la bawa berbincang. Kalau diam je bila masalah nak setel? Luahkan je apa yang terpendam tu." Wiya dah naik rimas dengan suasana yang diam macam tu.

"Ntahnya Khairi ni hari tu beriya sangat nak jumpa la nak bincang la kan kan? Haa... apa lagi silakan berbincang," arah Jack pula.

"Hello kawan! Bukan ke korang dah janji dengan aku nak terangkan apa yang terjadi pasal plan korang yang sengal nak kenakan diorang ni? Ada kan korang cakap camtu? Sekarang terangkan kedudukan sebenar kat Khaira, Wiya ngan Mina ni. Ok?" Khairi mencelah.

'Ceh, buat-buat lupa la tu. Semalam beriya sangat promise nak terangkan pasal plan nak pedajal bebudak ni. Nak bersihkan nama aku yang terpaksa join plan gila kat bebudak ni. Sekarang suruh aku pulak yang mulakan? Ape punya orang la member aku dua orang ni.' Ngomel Khairi di dalam hati.

'Hishh... ingat lagi rupamya mamat Khairi sorang ni. Long term memory jugak dia ni. Patut pun dia tak bersuara dari tadi lagi. Rupanya tunggu aku dengan Jack yang start dulu. Ok la kawan. Aku mula dulu la.' Param pula bermonolog sendirian.

"Khaira, Mina, Wiya... sebelum tu aku dengan Jack nak mintak maaf kat korang dulu. Actually, dalam masalah yang dah timbul ni aku dengan Jack yang planning nak kenakan korang. Saja je suka-suka sebenarnya. Nak beramah mesra dengan jiran-jiran baru. Kami ingat korang layan je mainan kami. Tapi kami silap pulak. Rupa-rupanya korang ni makhluk kerek. Hehehehe... sorry ye kami gurau je."kata Param bagi pihak dirinya dan Jack.

"Hmm... kalau nak minta maaf tu xyah la nak cakap kitorang kerek lagi." Bentak Khaira.

"Ops!!! Sorry sorry sorry..."Balas Param lagi.

"And one more thing Khaira, Khairi memang tak bersalah apa-apa pun dalam hal ni ok? Kitorang paksa dia joint venture plan kitorang. Dari mula lagi Khairi memang tak setuju dengan planning ni. Tapi kitorang tetap paksa jugak. So, dia terpaksa jugak la. So, Khaira... please don't blame Khairi ye sis?" Jack pula cuba terangkan keadaan sebenar pasal Khairi pula.

Mata Khaira dan Khairi bertentangan.

'Khairi, kau tak bersalah? Tapi kenapa dia kata macam tu kat aku? Pelik laa. Aku mesti tanya dia sekarang jugak.'

"Khairi, kalau betul kau tak nak join planning diorang ni kenapa kau cakap macam tu pada aku? Seolah-olah kau pun sama macam diorang?"

"Khaira, masa tu hati aku kata lain tapi mulut aku kata lain Khaira. Maafkan aku atas kata-kata aku hari tu. Aku memang tak ada maksud nak cakap macam tu pun. Tak terlintas dalam fikiran aku sekali pun. Maafkan aku Khaira."

"Tapi kau tahu tak sebab kata-kata kau hari tu aku jadi serba salah, jadi malu untuk berdepan dengan kau dan dengan Param dan Jack jugak. Aku rasa bersalah sebab aku macam membandingkan korang yang kononnya junior kitorang. Aku kerek dengan korang. Aku malu sebab aku tersalah menilai korang."

"Aku tahu Khaira. Aku faham perasaan kau. Dan kau pun bengang dengan aku kan sebab tak pernah berterus terang pasal ni pada kau?"

"Yup! Memang pun. Kenapa kau tak pernah bagitau aku? Kan kita rapat? Ish! Jahat la kau ni." Hmm, intonasi suara dah jadi lain ni. Tadi macam marah tapi sekarang dah macam bunyi orang merajuk pulak dah. Huhuhu... Khaira Khaira...

"Tu la pasal. Mulut terjahat pulak hari tu. Ni  dah tak marah aku lagi ke? Hehehe... Cam dah tak marah je?"Usik Khairi pula.

Kawan-kawan yang lain dah senyum-senyum. Siap la dengan terbatuk-batuk lagi. Elleh, batuk buatan je tu. Cis kawan-kawanku.

Muka Khaira merona merah. Malu la tu kena usik-usik manja dengan kawan-kawan. Tambah lagi dengan usikkan Khairi tadi.

"Ala korang ni.... nape korang sengeh-sengeh camtu? Ada cerita lawak ke kat sini? Pastu batuk-batuk lagi... sakit tekak? Aku ada ubat batuk Cap Ibu dan Anak kat rumah tu. Nak ka?"

"Memang lawak pun dear Khaira sayang. Tadi bukan main marah lagi. Pastu dah macam merajuk pulak dah. Pastu siap muka merah-merah tahan malu kena usik. Apa kes?"

Kata-kata Mina disambut gelak tawa dari semua yang ada di situ. Hanya Khairi yang tersenyum segaris seperti pandangan pertama Khaira padanya dulu. Pandangan pertama yang membawa perkenalan indah antara mereka walaupun baru mengenali antara satu sama lain.

"Korang ni... malu la aku. Mina ni saja je nak kenakan aku eh? Dah la tamo gelakkan aku lagi ye? Cukup-cukup la tu..."

Khaira pandang Khairi dalam-dalam.

"Khairi aku pun nak minta maaf pada kau sebab kerek sangat dengan kau. Aku betul-betul ingat kau junior aku. Sorry eh?"

"Ok. Camtu la Khaira aku."

"Khaira aku?"

"Yup! Khaira... aku sukakan dari pandangan pertama kita dulu. Malam Jack kenalkan kita dan malam kau memperkenalkan diri kau sebagai Kak Khaira. Dari situ aku telah mula ingin untuk mengenali kau. Makin lama kenal makin aku suka. Kau lain. Nampak saja kerek tapi aku tahu kau macam mana sebenarnya. Kau istimewa."

"Khairi, kita serupa..... aku juga macam tu"

"That's it. So sekarang aku tau korang dah berbaik and aku rasa tak lama lagi ada orang akan bercintan cintun la tu. Tahniah la ye korang walaupun Khaira belum cakap setuju apa-apa lagi." Sampuk Jack.

Makan malam hari itu berjalan lancar juga akhirnya. Alhamdullillah.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

3 tahun telah berlalu....


"Sayang, Alhamdullillah pandangan pertama kita tepat. Setakat ini hubungan kita sangat baik kan sayang? Sayang memahami walaupun kadang-kadang kerek gila dengan abang. Hehehe..."

"Abang jahat tau. Salu usik sayang camtu. Tapi abang memang jahat kan? Kalau bukan insiden sayang cakap kerek pasal junior tak layak nak join gi picnic dengan senior tu... timbulkan kemarahan bebudak rumah abang pulak kan? Kalau la perkara tu tak terjadi agaknya kita tak sampai macam sekarang." Sempat tangan Khaira mencubit pinggang Khairi. Ala... cubit-cubit manja aje.

"Sakit la cubit macam tu sayang."Khairi berkata manja kepada Khaira di sebelahnya.

"Nanti kita ucapkan thanks pada kawan-kawan kita yang sama-sama membantu menjernihkan hubungan kita dulu ye sayang?"

Khaira angguk sambil tersenyum manis. Khaira renung anak mata Khaira dalam-dalam. (Zina kecil ye kalau pandang mata perempuan lama-lama. Jangan buat tau. Huhuhu...)

"Hari ni kita disatukan dengan ikatan pertungan. Semoga jodoh kita berpanjangan. Insya-Allah."

"Ye abang. Mudah-mudahan. Amin." Jawab Khaira ringkas sambil tersenyum penuh makna kepada Khairi yang kini bergelar tunangannya.

Itulah namanya cinta pandang pertama. Dari mata turun ke hati. Harap-harap jodoh Khaira dan Khairi berpanjangan hendaknya.  Happy je cerita diorang ni. Suka suka suka.


"Hishh!!! Kenapa la aku boleh cakap macam tu pada Khaira? Bodohnya aku!!! Aku sukakan Khaira. Khaira baik, cantik, bijak, pendek kata memang dia perempuan yang aku cari. Walaupun Khaira nampak kerek pada luarannya  tapi bila dah betul-betul kenal Khaira, dia memang sangat-sangat menarik. Kenapa aku boleh cakap macam tu kat dia tadi? Aaarrggghhh!!!" Khairi melepaskan geram sambil terjerit-jerit kat dalam rumah. Kawan-kawan serumah yang lain just pandang je pada Khairi. Pelik tapi benar. Khairi tak pernah buat perangai macam ni. Apa lagi kalau pasal perempuan. Sah Khairi memang dah jatuh hati pada minah kerek yang ada kat sebelah rumah tu. Siapa lagi kalau bukan Khaira.

"Wei Khairi!!! Asal kau terpekik terlolong cam tu pulak haa? Dah buang tabiat ke?" Param bertanya pada Khairi yang muka dah merah gila pasal tak cakap yang sebenarnya pada Khaira tadi.

"Entahnya, kau ni dah mengalahkan orang gila meroyan dah aku tengok Khairi oii. Bawa bersabar. Tak kan lari gunung dikejar kalau dah memang tertulis si minah kerek sebelah rumah tu untuk kau la mengong. Ngelabah apasal?" Si Jack pula mula bersuara. Konon-kononnya nasihatkan si Khairi yang tengah hot gila tu.

"Hotak koramg!!! Kau tau kan aku memang tak setuju dengan cadangan korang nak kenakan budak-budak sebelah tu. Tapi korang degil. korang paksa aku join jugak. Sekarang aku gak yang susah tau tak?" Punya marah si Khairi sampai merah padam muka dia.

"Khairi, memang la kitorang ni yang buat cadangan merapu tu tapi kitorang tak bajet pun kau nak tertangkap cintan dengan Khaira tu. Apa-apa pun sorry la ok?" Param meminta maaf.

"Tapi Khaira nak ke maafkan aku? Dia marah gila tu. Cam mana? Aku nak korang minta maaf dengan Khaira ngan kawan-kawan dia. Then, tolong terangkan keadaan sebenarnya kat dia. Boleh?" Khairi tanya dengan tegas kepada Jack dan Param.

'Ceh! Pasal Khaira sanggup tu suruh kawan-kawan dia minta maaf. Huhuhu. Sah budak Khairi ni memang syok gila kat Khaira.' Jack monolog dalam hati. "Ok la Khairi. Kitorang promise akan minta maaf pada budak-budak tu." Jawab Jack bagi menjernihkan keadaan yang tegang tadi.

"Bagus." Khairi berkata sepatah dan senyum segaris.

'Khaira, aku betul-betul syok habis kat kau. Kau memang lain dari yang lain. Aku harap kau akan maafkan aku nanti and hubungan kita jadi mesra macam dulu. Kau istimewa Khaira. Mungkin orang lain tak nampak tapi aku nampak.' Khairi senyum penuh makna. Huhuhuhu....

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Di sebalik dinding rumah Khairi pula, Khaira menjerit tak puas hati sebab dah terkena dengan budak lelaki sebelah rumah yang menyamar jadi junior diorang tu. Mina dan Wiya pun tumpang bengang sama. Bagi Khaira dia boleh terima terkena macam tu dengan budak-budak yang lain. Biasa la adat berjiran lagi pulak masing-masing darah muda. Remaja lagi. Memang suka sangat la usik mengusik. Tapi yang buat Khaira marah sangat tu sebab Khairi, orang yang dia suka dan rapat tu pun boleh joint venture kenakan dia. Siap keluarkan kata-kata perli lagi. Memang marah habis la member.  "Aku tak puas hati betul la terkena camni!!! Bengang siot!!! Ceh!!! Kot ye pun nak kenakan orang camtu sekali. Tipu pasal umur memang buat kita jadi kerek. Yela kan tengah seronok jadi senior kan. Ish! Sengal betul la budak sebelah nih!!!"

"Aku pun bengang jugak teruk gak kita kena dengan diorang bertiga tu. Kenapa la kita ni tak check dulu kan betul ke diorang tu junior sebelum jadi kerek tak tentu pasal. Heshh..." Keluh Mina pula.

"Memang salah diorang kenakan kita tapi kita pun salah jugak kan. Kerek sangat." Wiya pun geram jugak tapi dia terpaksa cakap camtu sebab tak nak Khaira and Mina terus mengamuk.

"Wiya, kau boleh la cakap camtu lagi. Kau tak rapat dengan sape-sape pun ngan budak-budak tu.Tapi aku ni Wiya... aku rapat dengan Khairi tapi sampai hati dia tak pernah bagitau apa-apa kat aku. Lagi la aku bengang sangat." Khaira cakap slow je. Sebenarnya Khaira kecil hati sebab Khairi cakap macam tu tadi. Yela... hati dah suka tapi jadi camni pulak.

'Ah sudah. Kalau tak kena gaya si Khaira ni boleh menangis ni. Khaira sensitif sikit dalam bab hati dan perasaan ni. Aduh.' kata-kata itu hanya tersimpan dalam hati saja. Tak terluah di mulut Mina.

"Khaira, be cool ok. Kau dah macam nak nangis je ni. Ok ok. Cuba kau fikir balik. Kita dan diorang masing-masing salah. Apa kata kalau kita jumpa budak-budak sebelah rumah tu and discuss baik-baik. Kita pun berjiran tak elok masam muka kan? Then kau pun boleh la berbaik dengan Khairi. Aku tau sejak pandangan pertama dulu kau dah berminat nak kenal rapat dengan dia. Tapi kau segan and malu sebab masa tu kau tau dia junior kita senior. Nah, sekarang la masanya Khaira." Wiya beri cadangan pada Khaira sambil tu pujuk la sekali. Karang menangis pulak Khaira lagi la susah.

"Betul tu Khaira. Kita jumpa diorang nanti ya? Bagi cool dulu ok sayang?" Pujuk Mina pula.

"Ok. Thanks Mina, Wiya. Korang memang kawan yang baik. Tapi aku segan. Macam mana kalau diorang memang tak nak maafkan kita? Macam mana kalau diorang perli kita lagi? Kalau Khairi memang menci kat aku camne pulak?" Air mata Khaira bergenang.

Mina pujuk lagi. "Kita cuba dulu ok? Belum cuba belum tau..."

"Betul tu." Wiya setuju dengan Mina.

"Ok. Aku ikut korang je." Akhirnya Khaira setuju jugak.

'Khairi... aku harap kau dapat maafkan aku ok?'

Apa akan jadi pada Khaira dan Khairi nanti. Hermm, harap-harap diorang berbaik-baik la.....


Itu cerita Khaira dan Khairi lebih kurang dua tahun lalu. Masa tu dua-dua budak-budak lagi. Baru menjangkau 21 dan 20 tahun. Haa... Nak tau siapa yang adik-adik dan kakak-kakak atau siapa yang abang-abang siapa yang adik-adik. Jom kita flashback cerita ni balik. Huhuhu....



Hari Khamis. Kelas Khaira dibatalkan semuanya kerana ada program untuk junior-junior sem 1 di Jabatan Perdangan. Semua pensyarah terlibat untuk menjayakan majlis yang gilang-gemilang itu. Bagi Senior-senior yang lain pulak, macam si Khaira tu, peluang yang ada ni digunakan untuk buat taik mata dan berlingkar macam ular sawa kekenyangan saje di rumah atau di hostel. Huhuhu... Best giler nih...



"Oii Khaira!!!! Bangun!!!!" jerit Wiya dari luar bilik. Khaira memang sentiasa kunci pintu bilik dia kononnya tak mau gangguan dari makhluk dua ekor itu. Siapa lagi kalau bukan si Wiya yang kuat membebel macam mak nenek dan si Mina yang suka terjah bilik orang tak pakai salam dulu.



Khaira pekakkan telinga. Teddy bear besar warna pink yang dah kepam itu di letak atas telinga. Konon tak mau dengar jeritan si Wiya itu laa. Huhuhu. Tapi, lain pulak jadinya. Wiya ketuk pintu dengan sekuat hati. Si Mina pun turut sama. Macam nak pecah pintu bilik tu diorang kerjakan. Nak tak nak Khaira paksakan diri untuk bangun dan buka pintu bilik.



"Hoi!!! Korang berdua ni kalau tak kacau tidur aku tak boleh ke? Aku tengah sedap tidur ni tau tak? Malam tadi kan aku study macam nak gila. Pukul 3 pagi baru aku tidur!" bentak Khaira dengan marah. Muka dah merah padam menahan marah.



"Hohoho Cik Khaira manis... bila pulak kau study malam tadi? Bukan kau tengok cerita hantu Indon ke malam tadi? Macam la aku ngan Wiya tak tau." Mina perli aku tu. Huhuhu. Tapi memang betul pun. Aku tengok cerita hantu Indon malam tadi. Buku hanya dibuka tapi bukan dibaca. Hahaha.



"Dah pergi siap. Kan kita ada plan nak pergi mandi kat Sungai Kalumpang tu."Wiya pulak bagi arahan kat aku.



Khaira cebikkan bibir. "Hmm.. Yes Madam!" Jawab Khaira sambil tangan buat style tabik hormat kat komandan perbarisan tamat latihan PLKN.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

30 minit kemudian. Di laman rumah sewa Khaira, Wiya dan Mina tengah bersiap-siap menyimpan barang-barang untuk picnic ke dalam kereta milik Wiya. Kalau nak harapkan Khaira dengan Mina punya kereta jangan haraplah. Dua-dua takde lesen memandu. Huhuhu.



"Hai akak bertiga. Nak pergi mana tu?Nak join boleh?"Budak yang nama Jack tu mula menegur. Macam biasalah. Si Jack kalau bercakap ke bertanya ke memang tak pernah ada full stop. Laju sangat. Kadang-kadang sampai tak faham apa yang dia cakap. Teruk betul mamat sorang ni.



"Ye adikku Jack yang macam LRT Kelana Jaya. Kitorang ni nak pergi picnic. Tak boleh ikut ok? Women only!" Si Wiya yang tolong jawabkan soalan Jack tadi.



"Lagi pun korang kan adik-adik. Mana layak join kitorang yang dah senior ni kan? Sedorla sikit. Tak malu ke nak join kakak-kakak ni haa?" Khaira macam biasa laa. Memang sentiasa kerek ngan bebudak sebelah ni. Tapi kali ni lain macam sikit. Siap dengan layak tak layak lagi. Apa lagi terus menimbulkan kemarahan bebudak sebelah rumah tu.



"Oi Cik Kak Sem3 sekalian! Kalau ye pun dah senior tak boleh cakap baik sikit ke? Hingat kitorang ni tak perasaan ke siap ngan cakap tak layak lah ape lah. Meh dekat sikit ngan motor kitorang nih. Tengok sikit sticker yang bertambal ni. Korang ada ke sticker macam ni haa?" Jack marah sangat dah nih.



Khaira, Wiya dah Mina hati-hati pergi kat motor diorang. Sticker yang diorang tunjuk tadi tu dibaca betul-betul. Sticker colour Biru. Belum ada dalam sejarah sejak 3 semester lepas ade sticker warna biru. Hati Khaira, Wiya dan Mina berdebar-debar. Dup dap Dup Dap!



"Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Sesi pengajian Januari 2007" perlahan Khaira baca perkataan yang ada pada sticker itu. Tapi cukup jelas untuk di dengari oleh Jack, Param dan Khairi. Sah sekarang bebudak lelaki sebelah rumah ni dah semester 5 a.k.a senior. Huh!



Khairi senyum sinis. Macam mengejek. Atau macam puas hati sebab dapat kenakan kitorang bertiga. Sebelum ni Khaira dan Khairi gak mesra sebab memang Khaira dari mula lagi konon-kononnya suka kat si Khairi tu. Yela nama pun hampir sama kan.



Muka Khaira dan kawan-kawan merona merah. Menahan malu sebab kerek gila dengan bebudak sebelah rumah. Marah pun ada jugak. Sebab kena sound dengan Jack kaw-kaw punya.



"Khairi! Kau kan agak rapat dengan aku tapi kenapa kau langsung tak pernah berterus terang dengan aku siapa korang sebenarnya. Mati-mati kitornang ingat korang ni junior. So, kitorang memang plan nak buat-buat kerek ngan korang"Khaira melepaskan kemarahan pada Khairi.



Tersentak Khairi mendengarnya tapi yang keluar dari mulut Khairi lain pula. "Well Kak Khaira..saya dah janji dengan kawan-kawan takkan pecahkan rahsia walau macam mana rapat pun kita"jawab Khairi sambil tersenyum dan sengaja menguatkan perkataan 'kak' di depan nama Khaira.



'Sumpah! Bukan itu yang aku mahu cakap pada kau Khaira.' bicara Khaira di dalam hati.



Khaira, Wiya dan Mina terus berlalu masuk ke rumah. Plan nak picnic terbantut sudah. Khaira marah gila. Terdengar di luar Param dan Jack gelak kerana berjaya mengenakan dirinya dan kawan-kawan. Tapi suara Khairi ketawa tak ada pulak terdengar. Dalam marah Khaira berkata sendirian di dalam hati. 'Sekurang-kurangnya aku bukan jatuh suka pada adik-adik.' Dedikit senyuman tergaris di bibir Khaira.



Hmm... Macam itu ceritanya. Khaira lebih muda satu tahun dari Khairi. Huhuhu.


Kerja aku hari ni semuanye dah siap. Aku just layan facebook dan ym je sekarang ni...Tp boring jugak sebab hari2 aku menghadap benda yang sama. Ingatan zaman belajar di PSAS menerjah ke minda... Huhuhuhu...



" Kak, name akak ni sape? Dah sem bape kat poli ni? Amik course ape eh?" Laju je budak sebelah umah sewa aku bertanya. Dah macam tertinggal flight ke UK pulak dah. Huhuhu...



" Ish...! Ko ni asal tanya aku tak full stop ha? Satu-satu la kalau nak tanya pun. Macam polis je. Huh!" Jawabku macam nak marah.



"Sorry la kak. Saya saje je nak berkenalan ngan jiran baru. Tak kan la tak boleh kot." Balas budak sebelah rumah macam nak memerli.



"Nama aku Khaira. Aku sem 3 sekarang ni. Budak Perd...DAT!" Haa. Puas la hati ko. Aku dah jawab pun soalan ko tu.



"Saya.. Jack. Budak Bangi. Yang ni, Param... budak Klang. Haa, yang comel pakai snow cap tu nama dia Khairi pun budak Klang gak.Kami budak baru lagi kak. Baru sem 2. Kira adik-adik la ni. Kami budak Elec" Itulah kata-kata budak yang bernama Jack tu. Huhuhu...



Hohohohoh. Best nih. Junior rupanya, boleh la aku kerek sikit.



"Hmm.. memandangkan kitorang kat umah sebelah ni senior korang walau 1 sem je.. korang tetap kena panggil kitorang kakak. Ok? Yang tinggi ni Kak Wiya, yg chubby sikit ni Kak Mina" Huh! Best gak mengkerekkan diri ni. Sengaja aku menguatkan perkataan 'kak' dipangkal nama rakan serumahku. Huhuhuhu...



Hmm.. asal budak yg nama Khairi tu muka baik je ye? Diam je. Senyum sikit je masa budak yang nama Jack tu kenalkan. Tak tunjuk muka gatal cam lain-lain tu. Cute gak dia tu. Chinese Look sampai mata pun macam kartun mashi marro. Huhuhu. Khairi! Aku nak tau banyak pasal ko. Tapi... tak kan aku minat kat adik-adik pulak? Adess!



Heshh...jauhnya aku mengelamun. Huhuhuhu...