Itu cerita Khaira dan Khairi lebih kurang dua tahun lalu. Masa tu dua-dua budak-budak lagi. Baru menjangkau 21 dan 20 tahun. Haa... Nak tau siapa yang adik-adik dan kakak-kakak atau siapa yang abang-abang siapa yang adik-adik. Jom kita flashback cerita ni balik. Huhuhu....



Hari Khamis. Kelas Khaira dibatalkan semuanya kerana ada program untuk junior-junior sem 1 di Jabatan Perdangan. Semua pensyarah terlibat untuk menjayakan majlis yang gilang-gemilang itu. Bagi Senior-senior yang lain pulak, macam si Khaira tu, peluang yang ada ni digunakan untuk buat taik mata dan berlingkar macam ular sawa kekenyangan saje di rumah atau di hostel. Huhuhu... Best giler nih...



"Oii Khaira!!!! Bangun!!!!" jerit Wiya dari luar bilik. Khaira memang sentiasa kunci pintu bilik dia kononnya tak mau gangguan dari makhluk dua ekor itu. Siapa lagi kalau bukan si Wiya yang kuat membebel macam mak nenek dan si Mina yang suka terjah bilik orang tak pakai salam dulu.



Khaira pekakkan telinga. Teddy bear besar warna pink yang dah kepam itu di letak atas telinga. Konon tak mau dengar jeritan si Wiya itu laa. Huhuhu. Tapi, lain pulak jadinya. Wiya ketuk pintu dengan sekuat hati. Si Mina pun turut sama. Macam nak pecah pintu bilik tu diorang kerjakan. Nak tak nak Khaira paksakan diri untuk bangun dan buka pintu bilik.



"Hoi!!! Korang berdua ni kalau tak kacau tidur aku tak boleh ke? Aku tengah sedap tidur ni tau tak? Malam tadi kan aku study macam nak gila. Pukul 3 pagi baru aku tidur!" bentak Khaira dengan marah. Muka dah merah padam menahan marah.



"Hohoho Cik Khaira manis... bila pulak kau study malam tadi? Bukan kau tengok cerita hantu Indon ke malam tadi? Macam la aku ngan Wiya tak tau." Mina perli aku tu. Huhuhu. Tapi memang betul pun. Aku tengok cerita hantu Indon malam tadi. Buku hanya dibuka tapi bukan dibaca. Hahaha.



"Dah pergi siap. Kan kita ada plan nak pergi mandi kat Sungai Kalumpang tu."Wiya pulak bagi arahan kat aku.



Khaira cebikkan bibir. "Hmm.. Yes Madam!" Jawab Khaira sambil tangan buat style tabik hormat kat komandan perbarisan tamat latihan PLKN.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

30 minit kemudian. Di laman rumah sewa Khaira, Wiya dan Mina tengah bersiap-siap menyimpan barang-barang untuk picnic ke dalam kereta milik Wiya. Kalau nak harapkan Khaira dengan Mina punya kereta jangan haraplah. Dua-dua takde lesen memandu. Huhuhu.



"Hai akak bertiga. Nak pergi mana tu?Nak join boleh?"Budak yang nama Jack tu mula menegur. Macam biasalah. Si Jack kalau bercakap ke bertanya ke memang tak pernah ada full stop. Laju sangat. Kadang-kadang sampai tak faham apa yang dia cakap. Teruk betul mamat sorang ni.



"Ye adikku Jack yang macam LRT Kelana Jaya. Kitorang ni nak pergi picnic. Tak boleh ikut ok? Women only!" Si Wiya yang tolong jawabkan soalan Jack tadi.



"Lagi pun korang kan adik-adik. Mana layak join kitorang yang dah senior ni kan? Sedorla sikit. Tak malu ke nak join kakak-kakak ni haa?" Khaira macam biasa laa. Memang sentiasa kerek ngan bebudak sebelah ni. Tapi kali ni lain macam sikit. Siap dengan layak tak layak lagi. Apa lagi terus menimbulkan kemarahan bebudak sebelah rumah tu.



"Oi Cik Kak Sem3 sekalian! Kalau ye pun dah senior tak boleh cakap baik sikit ke? Hingat kitorang ni tak perasaan ke siap ngan cakap tak layak lah ape lah. Meh dekat sikit ngan motor kitorang nih. Tengok sikit sticker yang bertambal ni. Korang ada ke sticker macam ni haa?" Jack marah sangat dah nih.



Khaira, Wiya dah Mina hati-hati pergi kat motor diorang. Sticker yang diorang tunjuk tadi tu dibaca betul-betul. Sticker colour Biru. Belum ada dalam sejarah sejak 3 semester lepas ade sticker warna biru. Hati Khaira, Wiya dan Mina berdebar-debar. Dup dap Dup Dap!



"Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Sesi pengajian Januari 2007" perlahan Khaira baca perkataan yang ada pada sticker itu. Tapi cukup jelas untuk di dengari oleh Jack, Param dan Khairi. Sah sekarang bebudak lelaki sebelah rumah ni dah semester 5 a.k.a senior. Huh!



Khairi senyum sinis. Macam mengejek. Atau macam puas hati sebab dapat kenakan kitorang bertiga. Sebelum ni Khaira dan Khairi gak mesra sebab memang Khaira dari mula lagi konon-kononnya suka kat si Khairi tu. Yela nama pun hampir sama kan.



Muka Khaira dan kawan-kawan merona merah. Menahan malu sebab kerek gila dengan bebudak sebelah rumah. Marah pun ada jugak. Sebab kena sound dengan Jack kaw-kaw punya.



"Khairi! Kau kan agak rapat dengan aku tapi kenapa kau langsung tak pernah berterus terang dengan aku siapa korang sebenarnya. Mati-mati kitornang ingat korang ni junior. So, kitorang memang plan nak buat-buat kerek ngan korang"Khaira melepaskan kemarahan pada Khairi.



Tersentak Khairi mendengarnya tapi yang keluar dari mulut Khairi lain pula. "Well Kak Khaira..saya dah janji dengan kawan-kawan takkan pecahkan rahsia walau macam mana rapat pun kita"jawab Khairi sambil tersenyum dan sengaja menguatkan perkataan 'kak' di depan nama Khaira.



'Sumpah! Bukan itu yang aku mahu cakap pada kau Khaira.' bicara Khaira di dalam hati.



Khaira, Wiya dan Mina terus berlalu masuk ke rumah. Plan nak picnic terbantut sudah. Khaira marah gila. Terdengar di luar Param dan Jack gelak kerana berjaya mengenakan dirinya dan kawan-kawan. Tapi suara Khairi ketawa tak ada pulak terdengar. Dalam marah Khaira berkata sendirian di dalam hati. 'Sekurang-kurangnya aku bukan jatuh suka pada adik-adik.' Dedikit senyuman tergaris di bibir Khaira.



Hmm... Macam itu ceritanya. Khaira lebih muda satu tahun dari Khairi. Huhuhu.


This entry was posted on 11:56 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    nava_malar87 said...

    Best2...
    Suka nama khairi&khaira...
    Bila nk sambng?

  1. ... on September 15, 2010 at 6:01 AM