"Boleh tak kau tak ganggu aku lagi? Kau terlalu mendesak aku untuk terima diri kau sedangkan aku langsung tak ada perasaan apa-apa pada kau. Bila kau terus memaksa aku sebenarnya kau buat aku membenci kau. Aku tak suka membenci tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan? Dan.. kau la makhluk pertama yang aku benci Encik Syed Harith Al-Romera." tegas dan lantang suara Nia Qaisara memarahi seseorang di talian sebelah sana. Sejurus kemudian talian dimatikan. Hempasan telefon bimbit Nokia E5 ke atas katil menyerlahkan lagi kemarahan Nia ketika itu.

"Hah! Tension hidup macam ni. Asal la sengal sangat mamat tu? Susah sangat ke nak faham Bahasa Melayu? Aku cakap melayu bukan cakap Bahasa Tagalog. Sengalnya mamat sorang ni," Nia menumbuk-numbuk bantal yang tak bersalah. Seolah-olah bantal itu Syed Harith Al-Romera.

Syed Harith Al-Romero, seorang arkitek di sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur. Duda anak satu ini Nia kenali di sebuah majlis makan malam anjuran tempat Syed Harith bekerja. Nia datang hanya sebagai peneman kawan baiknya Bella. Tapi entah kenapa Syed Harith gila minat pada Nia sejak pertemuan itu.

'Pohonlah ampun maaf kepada ibu bapa, sahabat sanak saudara sama-sama kita gembira.' Lagu Sesuci Lebaran nyanyian Dato' Siti Nurhaliza bergema lagi dari Nokia E5 Nia. Biasa la mood raya lagi. Huhuhu...

"Haishhh!!! Nape la manusia sorang ni tak faham bahasa? Bukan tadi dah kena marah ke? Adoi laa. Gila sengal mamat ni!!!" Nia jawab panggilan itu tanpa melihat siapa yang membuat panggilan.

"Hello! Woit, asalnye kau ni Encik Syed Harith? Memang dah sah-sah kau tak faham Bahasa Melayu kan? Nak apa lagi ni? Huh!"

"Wait wait wait my dear princess. Nape marah-marah ni Nia? You ada masalah ye? Hmm, Encik Syed Harith ek? Patut la dah tak layan I rupanya You dah ada orang lain kan?"

Nia pandang skrin telefonnya. 'Zaid Haniff'. Aaarrrggghhhhhh! Lagi satu masalah datang. Zaid Haniff, ex-boyfriend aku ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia. Lelaki ni pun tak faham bahasa jugak. Orang dah tak nak sibuk nak jual minyak. Dulu dia yang tinggalkan aku terkontang-kanting dekat-dekat nak final exam semester 5. Nasib la aku boleh terima hakikat kalau tak mesti hancus result aku.

"Ohh! Mangkuk ni pulak rupanya. Encik Zaid Haniff, aku tak ada pape benda nak cakap kau. Satu jela aku nak bagitau kat kau. Aku bukannya tak layan kau sebab aku ada bf baru ke apa ke. Tapi memang aku tak ada hati langsung dengan kau la sengal. Aku happy dengan hidup aku sekarang. Aku malas la nak fikir benda yang tak penting macam ni. Full stop!" talian dimatikan.

"Nia hempas diri ke atas katil. Rimas la camni. Si Harith tu gila sengal. Dah la jauh sangat jarak umur dengan aku ada hati lagi nak ngorat aku. Dah ada anak lagi. Aku tak nak jadi mama ekspress. Ceh! Yang lagi sorang ni pun dua kali lima sengal jugak. Dah berbuih mulut aku tak faham-faham jugak ke. Dah sekali aku terkena dengan kau Haniff, tak ada peluang kedua ketiga memang tak ada peluang dah la nak kat aku balik. Adoi la. Nyusahkan hidup aku je dorang ni. Buat pening kepala aku je."

Telefon bimbit dimatikan. 'Off' Nia pusing ke kanan ke kiri di atas katil. Tanpa sedar Nia terlena di situ. Mungkin tidur lebih baik untuk menenteramkan jiwa.

*********************************************************************************

"Assalamualaikum semua. Hari ni I nak kenalkan pada kamu semua Account Manager syarikat kita yang bakal menggantikan Puan Nur Hajar. Encik Adam Azami Mohd Nasir akan memegang jawatan ini mulai hari ini. I harap semua kaki tangan di bahagian kewangan ini boleh memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau," panjang mukadimah GM Matrix Cooling  Dynamic Systems Sdn. Bhd. memperkenalkan staf baru itu.

"Hi semua saya Account Manager baru kat sini. Tak perlu panggil saya Encik Adam or Encik Azami. Cukup sekadar Azami saja. Apa yang penting kerjasama," Adam Azami memperkenalkan dirinya dengan ramah sekali. Siap buat ala-ala nyanyi lagu kartun 'Wonderpet' lagi. Hahahaha... funny!"Introduce your self please," sambung Adam Azami lagi sambil memandang ke arah semua anak buah barunya.

"Hai Mr. Azami, I am Nia Qaisara Binti Muhamad. Just call me Nia. Account Executive kat sini merangkap your assistant la jugak. Hmm, nice meeting you Mr. Azami. Apa yang penting kerjasama," Nia senyum nakal cam nak perli Adam Azami je.

Adam Azami senyum. "Nice ada staf macam ni.Funny. Tapi tak yah la ber"MR" bagai," Adam Azami senyum lagi.

Lain-lain staf mula mengenalkan diri masing-masing. Alhamdullillah nampak gaya Manager baru kita ni ok je. Tapi tak tau la akan datang. Ni belum start kerja lagi kan. Jangan dia pun sama macam Puan Nur Hajar tu. Hancus la kalau sama macam dia. Ditaktor!

*********************************************************************************

Waktu lunch ada makan-makan dengan semua staf kewangan. Yela kan nak meraikan Account Manager baru la pulak. Ok je kan. At least tak payah la susah-susah nak keluar duit untuk lunch ni. Save!

Sedang happy berborak dengan kawan-kawan sepejabat ketika keluar untuk lunch. Sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Fuh! Benci la.

"Nia! Awak nak ke mana ni? Kenapa awak tak jawab saya call? Sampai hati awak Nia. Selalu sangat tolak pelawaan saya keluar makan, tengok movie, even pergi jogging petang-petang pun awak tak nak," Syed Harith Al-Romero tiba-tiba datang dan menghalang Nia dari terus berjalan.

Nia mengelak tapi Syed Harith lebih pantas menarik Nia. Nia bengang. Tak gentleman langsung tarik-tarik perempuan macam tu. Sakit tau. Patut la berpisah dengan bekas isteri. Mungkin ini sebabnya.

"Harith! Sakit tau tak? Kau ingat aku ni barang mainan ke nak tarik-tarik ikut suka je?"

"Tapi awak terlalu ego. Langsung tak nak keluar dengan saya. Selama ni saya sabar je. Kenapa awak langsung tak bagi peluang pada saya hah?" badan Nia digoncang kuat oleh Syed Harith. Macam ni nak jadi suami yang baik. Huh! Harapan la. Belum apa-apa lagi dah macam ni.

Adam Azami bengang melihat stafnya dilakukan seperti itu. Dia mesti bersuara.

"Hello bro! Kau ni tak gentleman langsung dalam bab mengurat perempuan. Perempuan hati dan jiwanya lembut. Bukan macam ni caranya. Kau gunakan kekerasan pada Nia. Memang salah besar bro,"Adam Azami menolak Syed Harith dan memerlinya.

"Woi kau sape ha nak cakap kat aku macam ni? Ni antara aku dengan Nia!" Sergah Syed Harith.

"Tapi ini pun urusan aku. Nia staf aku. Sekarang masih office hour so Nia masih dalam tanggungjawab aku. Jadi kalau kau sakiti Nia atau sesiapa pun staf aku, aku tetap akan masuk campur. Sekarang kau pergi dari sini atau aku panggil pak guard untuk heret kau pergi dari sini!" Tegas suara Adam Azami.

"Baik! Saya tak habis lagi dengan awak Nia. Remember." Syed Harith merenung Adam Azami dan Nia Qaisara bergilir-gilir dan berlalu pergi.

"Terima kasih Azami, awak dah selamatkan saya hari ni,"Nia mengucapkan terima kasih kepada Adam Azami dengan penuh rasa malu.

"Tak jadi masalah Nia. Awak staf saya." Adam Azami senyum. Nia turut senyum nipis.

"Mari semua kita teruskan makan tengah hari kita," Adam Azami terus berlalu dan diikuti dengan staf lain.

Makan tengah hari itu berjalan lancar. Tapi bagi Nia Qaisara apa yang berlaku tadi memang gerun. 'Saya tak habis lagi dengan awak Nia.' Kata-kata itu sentiasa menusuk ke gegendang telinga Nia Qaisara.


This entry was posted on 12:33 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: