Malam minggu ini Nia hanya menghabiskan masa dengan menonton DVD 'Lagenda Budak Setan' karya Ahadiat Akashah yang telah difilemkan itu bersama Bella yang diundang khas menemaninya di rumah. Kalau tengok movie sorang-sorang pun tak best jugak. Baik la ajak sesapa temankan. Bella kawan baik Nia sejak belajar di Tingkatan 4 semasa menuntuk di SMK Seri Serdang. Jadi memang semua perkara diorang kongsi bersama tidak kira cerita suka atau duka. Sharing is caring!

"Macam mana kerja kau sekarang Nia? Dah ada manager baru kat department kau tu? Hari tu kau merungut kat aku kerja kau melambak sebab kau kena buat macam-macam kerja sebab tak ada manager yang sepatutnya double check account yang kau prepare,"Bella bertanya kepada Nia yang dari tadi hanya mendiamkan diri je. Nak kata focus sangat tengok DVD tu tak jugak. Musykil Bella ngan perangai Nia hari ini. Selalunya Nia banyak modal nak berborak.

Nia diam. Mata hanya tertumpu pada skrin tv 32 inci itu. Namun pandangan mata Nia seolah-olah tembus entah ke mana.

"Nia, aku tanya ni. Kau dengar tak dear. Kau buat aku risau la tengok kau mengelamun sana sini. Kalau kau ada pape probs, share la dengan aku dear. Kau bukan tak biasa dengan aku. Dari umur 16 tahun kita berkawan kan," Bella bertanya lagi pada Nia. Risau gila tengok Nia mengelamun tak tentu pasal.

"Dear Bella. Aku ok je. Don't worry ok dear,"kata-kata Nia terhenti di situ. Seolah-olah berfikir sesuatu."Aku risau Bella, last monday Harith ganggu aku kat office. Dia siap tarik-tarik aku lagi dear. Aku tak suka orang buat aku macam tu. Aku bukan anak patung yang ikut suka-suka dia aje nak tarik-tarik, nak sentuh-sentuh. Aku menci dia buat aku macam tu. Pantang betul lelaki sentuh-sentuh aku," luah Nia pada Bella.

"Aisey! Asal sampai gitu malaon tu kacau kau Bella? Sah-sah lelaki psiko die tu. Dah lama menduda pulak kan. Ish, habis tu staf kat office kau tak tolong kau masa tu ke Nia?"

"Nasib baik ada manager baru kat department aku kat situ. Dia la tolong aku masa tu dear. Aku dah gila cuak masa tu dear. Kalau la Azami tu tak ada tak tau apa jadi kat aku."Nia senyum sedetik.

"Nasib baik ada orang tolong kau masa tu. Risau la aku camni. Gila meroyan agaknya si Harith tu kan dear? Eh, cop cop... dah ada head department baru la kiranya kat office kau tu Nia? Azami ye nama dia? Ok, story sikit cam interesting je ni. Selalu Account Manager mesti perempuan kali ni lelaki pulak," sengaja Bella melarikan diri dari tajuk 'Harith' agar Nia lebih gembira dari sekarang.

"Ok aku cerita la apa yang aku tau ok. Hmm, Azami tu full name dia Adam Azami. Baru 28 tahun. Setakat ni aku tengok dia ok la. Ambil berat hal staf, funny dan dia pun memang tak nak staf panggil dia encik ke, mr. ke, pape yang berkaitan la. Kira low profile la dia ni," Nia senyum sambil bercerita kemudian riak muka berubah kembali."Bella, Harith ada cakap sebelum dia blah hari tu. Dia cakap aku tak habis lagi dengan aku. Risau la Bella. Apa aku nak buat ni?"kata Bella lagi.

"Relex dear. Aku ada good idea,"Bella sengih."Macam ni Nia, apa kata kau create satu account baru dekat facebook. Then, kau letak kat relationship status kau kat 'fb' tu in relationship dengan kau. Kalau nak lagi gempak letak je bertunang. Haa!! Ok kan idea aku dear?"Idea Bella itu nampak macam gila tapi boleh la diterima pakai untuk waktu terdekat ni.

"Ok gak idea kau tu dear. Tak cuba tak tau kan? Hmm, jom start!!"Nia bingkas bangun dari dudukannya. Mencapai lappy, laman facebook di buka. Cerita di dalam tv terus ditinggalkan.

"Bella, esok aku belanja kau makan kat tempat yang kau suka tu sebab bagi aku idea best gini,"ujar Nia sambil senyum meleret. Bella angguk laju sambil senyum bangga.

********************************************************************************

"Gila syok malam tadi kan Bella. Entah nama siapa la kita taram buat kat fb baru tu. Hahahaha... entah wujud entah tidak. Memandai je kita create watak tu. 'Khairul Affendy', Hahaha... Syok la dear!" gelak Nia pecah mengenangkan peristiwa malam tadi. Idea Bella memang gila. Create account fb baru dan watak baru untuk dijadikan buah hati Nia di dalam fb.

"Well you know me right Nia? Otak aku selalu aje proses idea-idea sengal macam ni. Hahaha." Bella terus ketawa.

"Dah la tu dear, jom makan! Tak sabar dah nak makan ni. Yummy!"Sambung Bella lagi.

Nia dan Bella makan dengan gembira dan diselang-selikan dengan gelak ketawa mereka berdua. Bahagia sungguh melihat keakrapan rakan baik ini. Sedang rancak berbual seseorang telah menyapa Nia dari belakang. Suara seseorang yang kini amat dibenci. Syed Harith Al-Romera!

"Hah! My dear Nia Qaisara ada kat sini dengan Cik Bella Nurain ya? Kenapa awak tak lunch berdua dengan buah hati bengarang jantung si 'Khairul Affendy' tu? Kenapa perlu makan berdua dengan Bella sedangkan malam tadi awak baru declare dan bagitahu semua friend list fb awak yang awak sekarang dah in relationship dengan seseorang kan?"Sinis suara Syed Harith bertanya bertalu-talu kepada Nia. Seolah memerli Nia dan mungkin Syed Harith tak percaya langsung kewujudan 'Khairul Affendy'.

"Hey Harith! Kau kalau tak menganggu Nia boleh tak? Ke mana saja Nia pergi kau mesti ada. Apa kau tak ada kerja lain nak buat selain ikut Nia? Kau memang psiko Harith!" Tempelak Bella memarahi Harith.

"Harith, pelease jangan ganggu aku lagi. Aku rimas kalau kau selalu ganggu aku. Aku memang tak nak kat kau. Sekarang aku dah ada Affendy jadi aku harap sangat kau faham. Aku hanya nak kau faham aku memang tak ditakdirkan untuk kau. Please," Nia menuturkan kata-kata itu degan tenang.

"Ahh! Awak ingat saya nak percaya semua itu? Saya tak pernah lihat awak keluar dengan mana-mana lelaki. Mustahil!" Harith bersuara lantang sambil menarik tangan Nia sekuat hati. Perbuatan Harith itu telah menarik perhatian seseorang yang kebetulan berada di situ.

"Bro, hari ni dah kali kedua aku nampak kau ganggu Nia. Aku tahu kau sukakan Nia tapi kau kena terima kenyataan bro menyintai tak semestinya memiliki. Macam mana kau sayang dan cintakan Nia pun kalau dah bukan ditakdirkan Nia untuk kau, kau tetap kena terima," Adam Azami cuba berdiplomasi dengan Syed Harith.

"Woi! Kau pun dah dua kali aku tengok jadi penyelamat Nia! Mana Nia ada pasti kau ada. Kenapa? Hari tu aku boleh terima sebab Nia masih dalam office hour. Tapi hari ni weekend! Atau kau buah hati si Nia ni?" Harith menengking Adam Azami.

"Terpulang pada kau bro nak menilai apa hubungan aku dan Nia. Tapi sebagai lelaki kau harus malu dengan tindakan sekarang. Kau dilahirkan dengan sembilan akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk dalam berfikir dan membuat keputusan. Gunakan akal kau bro,"tegas kata-kata itu keluar dari mulut Adam Azami.

Syed Harith terus berlalu pergi. Mungkin terasa dirinya melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Harapan Nia juga agar Syed Harith dapat menerima kenyataan dirinya kini milik 'Khairul Affendy'.

"Thanks Azami, sekali lagi Azami dah selamatkan saya. Maafkan saya sebab dah dua kali jugak saya babitkan awak dalam masalah saya,"Nia berkata sayu kepada Adam Azami.

"It's ok Nia. Kita rakan sekerja dan sebagai sesama manusia memang kita perlu bantu membantu kan? So, may I joint u all lunch sama? Lapar dah ni," Adam Azami senyum meleret. Tidak dinafikan masalah yang dihadapi Nia menarik niatnya untuk mengenali wanita itu dengan lebih dekat lagi. Pasti ada sesuatu yang menarik pada Nia sehingga ada lelaki yang begitu gila untuk memiliki Nia.

"Jom lah makan sekali. I tak kisah,"kata Bella setelah Nia bertanyakan persetujuannya untuk mempelawa Adam Azami makan semeja dengan mereka.

'Nia Qaisara, aku perlu mengenali kau Nia. Di mata aku kau istimewa. Dan aku perlu tahu siapa 'Khairul Affendy' di dalam hati kau, Nia.' Detik Adam Azami di dalam hati.


This entry was posted on 12:49 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: