'Dusun Bay' tempat yang telah dijanjikan oleh Jack, Param, Wiya dan Mina untuk menemukan dua orang makhluk yang tengah frust, rasa bersalah dan geram tu. Tepat pukul 8.30 malam Khaira, Mina dan Wiya dah terpacak di depan Restoren Dusun Bay. Bersemangat betul Wiya dan Mina nak menjernihkan hubungan Khaira dengan Khairi tu. Khaira pulak buat muka tak ada perasaan. Ala... nak cover perasaan dia yang dah tak tentu arah. Yela... perasaan marah, geram, rasa bersalah, suka dan sayang semuanya menguasai diri Khaira. Takut maaf yang dihulur tak diterima pun ada jugak. Huhuhu... Tapi dah 25 minit masa berlalu batang hidung 'adik-adik junior sebelah rumah' tu tak nampak jugak. Betul-betul janji melayu la. Aduiyai....


"Korang, mana diorang ni beb? Dah lama kita tunggu. Kenapa diorang tak muncul-muncul jugak ni? Agaknya memang betul diorang tak nak maafkan kita kan?" Khaira mula resah dan berkata dengan sayu.

"Relex la dear Khaira... maybe diorang on the way kot. Sekejap lagi diorang sampai la tu. Sabar ye Khaira..."Wiya cuba tenangkan Khaira. Ngelabah betul cik kak sorang ni.

"Haa... betul betul betul..." Mina pula bersetuju dengan kata-kata Wiya sambil buat version kartun fufular kat Malaysia sekarang Upin Ipin.

"Korang, jangan banyak cakap lagi boleh tak? Kita tunggu lagi 5 minit je kalau masih tak nampak lagi batang hidung diorang bertiga tu, kita blah je la. Aku tak suka orang mainkan aku. Berjanji je lebih. Tapi tak tepati janji. And maybe memang dah tertulis aku ngan Khairi tu tak kan ada pape dengan dia." Putus Khaira lagi. Memang dah tak boleh nak kata ape la kalau Khaira dah buat keputusan macam tu.

"Ok" Jawab Wiya dan Mina serentak.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

4 minit berlalu barulah si Khairi, Jack dan Param sampai ke tempat yang dijanjikan dengan tersengih-sengih cam kerang busuk lagi. Macam muka tak bersalah langsung pulak.

"Huhuhu... lama tunggu kakak-kakak sekalian? Sorry la trafic jem tadi. That's why kami lambat." Param memulakan bicara yang menambahkan panas di hati.

"Ceh! Celah mana area Tanjung Malim ni nak ada jem-jem bagai. Kot ye kau nak bagi alasan tolong la bagi alasan selamat and boleh diterima akal sikit!" Mina potong kata-kata Param.

"Dah la tu. Kata datang sini nak bincang baik-baik nak minta maaf. So, tak payah la nak panjang-panjangkan cerita pulak ok? Jom kita masuk restoren, korang bertiga pun dah lama terpacak dekat luar ni kan? By the way, sorry banyak-banyak sebab kami lambat sampai sini. Memang salah kami pun." Jack malas nak kecoh-kecoh lagi. Kalau dapat perang mulut mahu tak berhenti nanti. Baik hentikan dulu cepat-cepat. Karang plan nak minta maaf ke mana lagi satu masalah timbul.

"Khaira, jom kita masuk dalam restoren ye? Ada banyak kita kena bincang..."Khairi mula bertegur sapa dengan Khaira pula.

"Jom la semua." Khaira berkata tanpa menoleh ke arah Khairi.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Semua makanan yang diorder sudah pun sampai di meja. Tapi sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Khaira dan Khairi. Hishh... bila nak mula bincang ni. Asyik diam je. Adess!

"Uits! Kenapa tak cakap dari tadi lagi ni? Cepat-cepat la bawa berbincang. Kalau diam je bila masalah nak setel? Luahkan je apa yang terpendam tu." Wiya dah naik rimas dengan suasana yang diam macam tu.

"Ntahnya Khairi ni hari tu beriya sangat nak jumpa la nak bincang la kan kan? Haa... apa lagi silakan berbincang," arah Jack pula.

"Hello kawan! Bukan ke korang dah janji dengan aku nak terangkan apa yang terjadi pasal plan korang yang sengal nak kenakan diorang ni? Ada kan korang cakap camtu? Sekarang terangkan kedudukan sebenar kat Khaira, Wiya ngan Mina ni. Ok?" Khairi mencelah.

'Ceh, buat-buat lupa la tu. Semalam beriya sangat promise nak terangkan pasal plan nak pedajal bebudak ni. Nak bersihkan nama aku yang terpaksa join plan gila kat bebudak ni. Sekarang suruh aku pulak yang mulakan? Ape punya orang la member aku dua orang ni.' Ngomel Khairi di dalam hati.

'Hishh... ingat lagi rupamya mamat Khairi sorang ni. Long term memory jugak dia ni. Patut pun dia tak bersuara dari tadi lagi. Rupanya tunggu aku dengan Jack yang start dulu. Ok la kawan. Aku mula dulu la.' Param pula bermonolog sendirian.

"Khaira, Mina, Wiya... sebelum tu aku dengan Jack nak mintak maaf kat korang dulu. Actually, dalam masalah yang dah timbul ni aku dengan Jack yang planning nak kenakan korang. Saja je suka-suka sebenarnya. Nak beramah mesra dengan jiran-jiran baru. Kami ingat korang layan je mainan kami. Tapi kami silap pulak. Rupa-rupanya korang ni makhluk kerek. Hehehehe... sorry ye kami gurau je."kata Param bagi pihak dirinya dan Jack.

"Hmm... kalau nak minta maaf tu xyah la nak cakap kitorang kerek lagi." Bentak Khaira.

"Ops!!! Sorry sorry sorry..."Balas Param lagi.

"And one more thing Khaira, Khairi memang tak bersalah apa-apa pun dalam hal ni ok? Kitorang paksa dia joint venture plan kitorang. Dari mula lagi Khairi memang tak setuju dengan planning ni. Tapi kitorang tetap paksa jugak. So, dia terpaksa jugak la. So, Khaira... please don't blame Khairi ye sis?" Jack pula cuba terangkan keadaan sebenar pasal Khairi pula.

Mata Khaira dan Khairi bertentangan.

'Khairi, kau tak bersalah? Tapi kenapa dia kata macam tu kat aku? Pelik laa. Aku mesti tanya dia sekarang jugak.'

"Khairi, kalau betul kau tak nak join planning diorang ni kenapa kau cakap macam tu pada aku? Seolah-olah kau pun sama macam diorang?"

"Khaira, masa tu hati aku kata lain tapi mulut aku kata lain Khaira. Maafkan aku atas kata-kata aku hari tu. Aku memang tak ada maksud nak cakap macam tu pun. Tak terlintas dalam fikiran aku sekali pun. Maafkan aku Khaira."

"Tapi kau tahu tak sebab kata-kata kau hari tu aku jadi serba salah, jadi malu untuk berdepan dengan kau dan dengan Param dan Jack jugak. Aku rasa bersalah sebab aku macam membandingkan korang yang kononnya junior kitorang. Aku kerek dengan korang. Aku malu sebab aku tersalah menilai korang."

"Aku tahu Khaira. Aku faham perasaan kau. Dan kau pun bengang dengan aku kan sebab tak pernah berterus terang pasal ni pada kau?"

"Yup! Memang pun. Kenapa kau tak pernah bagitau aku? Kan kita rapat? Ish! Jahat la kau ni." Hmm, intonasi suara dah jadi lain ni. Tadi macam marah tapi sekarang dah macam bunyi orang merajuk pulak dah. Huhuhu... Khaira Khaira...

"Tu la pasal. Mulut terjahat pulak hari tu. Ni  dah tak marah aku lagi ke? Hehehe... Cam dah tak marah je?"Usik Khairi pula.

Kawan-kawan yang lain dah senyum-senyum. Siap la dengan terbatuk-batuk lagi. Elleh, batuk buatan je tu. Cis kawan-kawanku.

Muka Khaira merona merah. Malu la tu kena usik-usik manja dengan kawan-kawan. Tambah lagi dengan usikkan Khairi tadi.

"Ala korang ni.... nape korang sengeh-sengeh camtu? Ada cerita lawak ke kat sini? Pastu batuk-batuk lagi... sakit tekak? Aku ada ubat batuk Cap Ibu dan Anak kat rumah tu. Nak ka?"

"Memang lawak pun dear Khaira sayang. Tadi bukan main marah lagi. Pastu dah macam merajuk pulak dah. Pastu siap muka merah-merah tahan malu kena usik. Apa kes?"

Kata-kata Mina disambut gelak tawa dari semua yang ada di situ. Hanya Khairi yang tersenyum segaris seperti pandangan pertama Khaira padanya dulu. Pandangan pertama yang membawa perkenalan indah antara mereka walaupun baru mengenali antara satu sama lain.

"Korang ni... malu la aku. Mina ni saja je nak kenakan aku eh? Dah la tamo gelakkan aku lagi ye? Cukup-cukup la tu..."

Khaira pandang Khairi dalam-dalam.

"Khairi aku pun nak minta maaf pada kau sebab kerek sangat dengan kau. Aku betul-betul ingat kau junior aku. Sorry eh?"

"Ok. Camtu la Khaira aku."

"Khaira aku?"

"Yup! Khaira... aku sukakan dari pandangan pertama kita dulu. Malam Jack kenalkan kita dan malam kau memperkenalkan diri kau sebagai Kak Khaira. Dari situ aku telah mula ingin untuk mengenali kau. Makin lama kenal makin aku suka. Kau lain. Nampak saja kerek tapi aku tahu kau macam mana sebenarnya. Kau istimewa."

"Khairi, kita serupa..... aku juga macam tu"

"That's it. So sekarang aku tau korang dah berbaik and aku rasa tak lama lagi ada orang akan bercintan cintun la tu. Tahniah la ye korang walaupun Khaira belum cakap setuju apa-apa lagi." Sampuk Jack.

Makan malam hari itu berjalan lancar juga akhirnya. Alhamdullillah.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

3 tahun telah berlalu....


"Sayang, Alhamdullillah pandangan pertama kita tepat. Setakat ini hubungan kita sangat baik kan sayang? Sayang memahami walaupun kadang-kadang kerek gila dengan abang. Hehehe..."

"Abang jahat tau. Salu usik sayang camtu. Tapi abang memang jahat kan? Kalau bukan insiden sayang cakap kerek pasal junior tak layak nak join gi picnic dengan senior tu... timbulkan kemarahan bebudak rumah abang pulak kan? Kalau la perkara tu tak terjadi agaknya kita tak sampai macam sekarang." Sempat tangan Khaira mencubit pinggang Khairi. Ala... cubit-cubit manja aje.

"Sakit la cubit macam tu sayang."Khairi berkata manja kepada Khaira di sebelahnya.

"Nanti kita ucapkan thanks pada kawan-kawan kita yang sama-sama membantu menjernihkan hubungan kita dulu ye sayang?"

Khaira angguk sambil tersenyum manis. Khaira renung anak mata Khaira dalam-dalam. (Zina kecil ye kalau pandang mata perempuan lama-lama. Jangan buat tau. Huhuhu...)

"Hari ni kita disatukan dengan ikatan pertungan. Semoga jodoh kita berpanjangan. Insya-Allah."

"Ye abang. Mudah-mudahan. Amin." Jawab Khaira ringkas sambil tersenyum penuh makna kepada Khairi yang kini bergelar tunangannya.

Itulah namanya cinta pandang pertama. Dari mata turun ke hati. Harap-harap jodoh Khaira dan Khairi berpanjangan hendaknya.  Happy je cerita diorang ni. Suka suka suka.


This entry was posted on 9:59 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    farhahnajihah:D said...

    best,,tambah la konflik yg maha hebat ckit,,baru ade rse..hee~:)

  1. ... on September 24, 2010 at 5:33 AM